Syed Saddiq mohon simpati, mahu bayar ik4t j4min, sekali TMJ masuk komen

BEKAS Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memohon sumbangan ramai untuk membantunya melun4skan wang ikat jamin berjumlah RM330,000 sebagaimana diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen pada Khamis.

Sumbangan berkenaan juga bagi membiayai kos guaman melibatkan kes mahkamah Ahli Parlimen Muar itu.

“Sebagaimana yang anda tahu, saya tak datang daripada keluarga berada, keluarga dinasti… ibu ayah bukan pemimpin politik atau punya perniagaan yang kaya.

“Dan anda juga tahu saya menghabiskan tiga bulan gaji saya untuk membantu mereka yang terkesan kerana C0v!d.19 di Muar. Jumlah itu agak besar tapi saya hormati mahkamah dan hakim. Jadi saya benar-benar perlukan pertolongan anda.

“Saya dengan ikhlas merayu pertolongan anda untuk menyumbang. Link untuk derma telah saya kongsikan di ruangan komen. Kongsikan link ini bersama keluarga dan rakan.

“Walaupun sumbangan berjumlah 50 sen atau RM1 tapi kalau ribuan yang menyumbang, kita akan capai jumlah berkenaan dan saya mampu membayar kepada mahkamah. Jadi saya benar-benar perlukan bantuan anda,” katanya dalam siaran secara langsung (live) di media sosial pada malam Khamis, sewaktu menjawab tudvhan mahkamah yang dihadapinya.

Menurut Syed Saddiq, dia mempunyai tempoh sehingga Selasa ini untuk menjelaskan ik4t jamin berkenaan.

“Selama ini saya memohon bantuan ramai untuk mereka yang terkesan di Muar, pelajar dari keluarga B40, mangsa banjir… namun kali ini agak jrang berlaku di mana saya memohon bantuan anda untuk bantu saya berhubung wang ik4t jamin dan yuran guaman,” ujarnya lagi.

Terdahulu Syed Saddiq dibicarakan atas tudvhan pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM1 juta daripada dana milik Parti Pribumi Bersatu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Ahli Parlimen Muar berusia 29 tahun itu mengaku tidak bersalah atas pertudvhan pecah aman4h setelah pertvduhan dibacakan kepadanya di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi pada Khamis pagi.

Menurut kertas pertvduhan, Syed Saddiq, sebagai ketua pemuda parti itu diberi kepercayaan dana sayap pemuda parti Armada Malaysia, dan did4kwa pecah amanah yang mana dia dikatakan melakukan pengeluaran wang sebanyak RM1 juta melalui cek tanpa persetujuan kepimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu.

Dalam pada itu, TMJ memuat naik beberapa ig story mengulas apa yang sedang berlaku kepada Syed Saddiq

TMJ meninggalkan komen di Mstar berkenaan kes Syed Saddiq

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*