Adik Ini Datang Rumah Ke Rumah Minta Buang Sampah Untuk Dapatkan Makanan Buat Ramai Tersentuh!

Berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul. Siapa yang tidak terkesan dengan keadaan ekonomi sekarang yang betul2 membuatkan ada yang kais pagi makan pagi n kais petang makan petang.

Hasil perkongsian video yang telah dimuatnaik oleh seorang pengguna Tik Tok yang dikenali sebagai Rose77 itu amat memilukan perasaan netizen apabila seorang anak muda yang mengutip sampah dari rumah ke rumah untuk menanggung hidup.

Anak muda tersebut dipanggil adik itu boleh dikatakan setiap hari menolong penghuni bangunan tersebut bagi sesiapa yang ingin membuang sampah. Upah yang diterima tidak diminta sama sekali tetapi atas keikhlasan pemberi samada berbentuk duit atau makanan.

Melalui perkongsian tersebut puan rose menjelaskan bahawa lelaki tersebut tinggal di dalam hutan tepi bangunan yang didiami itu dan disebabkan kos hidup sekarang yang tidak menentu menyebabkan dia tidak dapat membayar duit sewa rumahnya itu.

Tidak diketahui sejauh mana kisah hidup beliau tetapi apa yang ingin dikongsikan adalah apabila kita rasa kita susah tetapi ada lagi yang lebih susah dari kita.

Bahkan ada yang tidak mempunyai rumah n pekerjaan.. keselesaan jauh sekali.. semoga dipermudahkan rezeki yer adik.. In shaa Allah…

Komen Netizen:

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*