PENDAKWAH bebas Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz mengakui ada mendapat tawaran sekali gus perbincangan untuk menjalankan misi bantuan ke Gaza bersama isterinya, Neelofa; penyanyi, Heliza Helmi, Hazwani Helmi dan Ustaz Ebit Lew pada Jun lalu.
Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail, 26, berkata tawaran itu datang daripada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM Malaysia) dan sudah menjalankan perbincangan secara dalam talian.
“Sejujurnya, betul saya bersama isteri dan beberapa selebriti lain termasuk Ustaz Ebit Lew mendapat tawaran untuk ke Ga.za. Pegerakan ke sana juga dijadualkan pada Jun.
“Namun, saya dimaklumkan projek ini tidak dapat diteruskan atas beberapa sebab.
“Kemudian, saya dapat tahu Ustaz Ebit Lew bersama pasukan dapat ke sana bagi menjayakan misi mereka. Itu adalah rezeki mereka,” katanya.
Terdahulu nama PU Riz, Neelofa, Heliza dan Hazwani disebut penyanyi rap, Caprice dalam hantaran di Instagram Story yang mendakwa mereka sepatutnya ke Gaza bersama Ebit Lew.
Pendedahan itu sekali gus menimbulkan pelbagai tanggapan selain ada yang mendakw Ebit Lew mengambil kertas cadangan berkenaan bagi tujuan menjayakan misi sendiri.
“Cukup untuk saya jelaskan yang mana memang saya bersama yang lain termasuk Ebit Lew dijemput untuk ke sana. Apa yang berlaku selepas itu, saya tidak ada pengetahuan apa-apa mengenainya.
“Saya harap perkara ini jelas dan orang ramai berhenti untuk membuat spekulasi. Saya berdoa semoga segala kebaikan yang kita kerjakan mendapat keredaan Allah,” katanya.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Sumber : sinar
Leave a Reply