Ebit Lew jawab setiap persoalan, sekali Neelofa mencel4h dalam IG live Ebit Lew

NAMA pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew hangat diperkatakan susulan misi kemanusiannya ke Ga.za baru-baru ini.

Malah, timbul pelbagai spekulasi selepas penyanyi rap, Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamamrulzaman membuat beberapa dakwaan terhadap Ebit secara terbuka.

Ia sekaligus menyebabkan nama Ebit tiba-tiba panas sehingga dia dan keluarganya diserang segelintir netizen dengan c4ci maki serta gelaran seperti b*bi, d4jjal, sy4itan, penvnggang ag4ma, pen1pu dan macam-maca lagi.

Selepas membuat laporan polis Rabu petang, Ebit sekali lagi tampil menerusi siaran live Instagram pada Khamis untuk menjawab tudvhan yang dilemparkan terhadapnya.

Berikut merupakan jawapan Ebit terhadap beberapa persoalan serta tudvhan yang kini menjadi perdebatan dan teka-teki dalam kalangan netizen.

1) Kunjungan ke Ga.za guna duit siapa?

Saya pergi ke sana dengan duit sendiri dan saya tak pernah buka satu tabung pun untuk Ga.za. Dari dulu sampai sekarang tak pernah buka apa-apa tabung pun.

Ia merupakan duit saya sendiri serta duit beberapa sahabat rapat yang berkawan dengan jujur, mereka ada bersama saya… serta rakan Facebook juga ada menyumbang.

2) Wakil team Ebit Lew tak jawab WhatsApp?

“Sebelum pergi, kami buat survey dan tanya semua orang. Dia (Nadir Al-Nury) kata dia bagi proposal.

Proposal yang dia bagi cuma quotation harga barang makanan, harga kotak makanan. Satu kotak AS$40, kalau kali empat duit Malaysia, lebih kurang RM160.

“Tapi saya dapat quotation lain dengan harga AS$20 dengan barang yang sama. Jadi kenapa saya nak ambil yang AS$40?

Memang semua orang bagi quotation. Tak semua kita balas. Kalau tuan puan buat bisnes, untuk marah quotation tak diterima bukanlah satu perkara yang wajar.

Kata Ebit, segala perbelanjaan di sana merupakan wang miliknya dan rakan-rakan, bukan sumbangan orang ramai.

Biasa untuk satu barang kita minta quotation dari 30 tempat. Tapi saya tak persoalkan dia letak harga begitu.

Tak balas WhatsApp tu biasalah. Kadang-kadang isteri hantar 10 WhatsApp, suami balas satu je. Kalau isteri pun tak sempat nak balas WhatsApp, orang lain pun janganlah kecil hati.

3) Team Ebit Lew bersiar-siar di Kaherah

Niat saya ada tiga. Pertama nak beri barang kepada Red Crescent Mesir dan Red Crescent Pale.stin melalui Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

Kedua kalau ada rezeki lebih saya nak sampai ke pintu Rafah, satu-satunya jalan ke Ga.za.

Ketiga kalau ada rezeki saya nak masuk Ga.za. Saya tahu ia mustahil sebab mereka baru tamat per4ng.

Saya cuma serah barang, sampai ke Mesir nak lalu polis, dah serah nama kepada polis dan maklumkan tujuan ke sana.

Saya tak boleh maklumkan tujuan untuk ke Ga.za sebab ia belum diluluskan. Tourist kena pergi beberapa tempat, saya kena ikut jadual, ada polis iringi kami.

Sementara dapat kelulusan untuk barang sampai dan tunggu kelulusan kalau ada rezeki ke Rafah atau Ga.za, saya pergi ke kawasan sekitar termasuklah Makam Imam Syafie.

Niat saya nak berada di sana 10 hari sahaja sebab ayah dah sakit. Isu kami berjalan-jalan tiada masalah. Satu sen tak pakai duit orang lain.

4) Kenapa beli barang di Kaherah, bukan di Ga.za?

Soalan ini tak patut wujud. Red Crescent Mesir dibenarkan masuk dari dulu, mereka disahkan dunia dan tidak berpihak ke mana-mana.

Sebab tu saya yakin dan serah kepada mereka. Cuma masa tu tunggu barang Qatar dan Dubai. Tak ada timbul isu tu. Berat juga kalau nak tudvh, lagi berat kalau kita syak pada mereka.

Tak ada banyak barang dalam Ga.za, ada yang kena tunggu kelulusan paling cepat selama enam bulan. Saya tahu barang tu akan sampai kalau sampai cepat atau lambat, jadi saya beli di Kaherah.

Saya nak beritahu, barang medik saya beli empat lori. Dua treler dan dua lori saya beli di Mesir. Barang tu dah masuk, tiada masalah. Kat Ga.za saya beli banyak juga. Jadi tiada syak.

Kebanyakan barang kat Ga.za merupakan dari Isr4el. Saya beli di Ga.za, saya beli juga di Mesir. Saya hairan tuan (Nadir Al-Nuri) dah lama duduk sana, macam mana boleh hairan bila barang tak masuk. Jadi perkataan tu tak patut diucapkan.

5) Team Ebit Lew biad4b, tak tegvr Nadir Al-Nuri?

Kami nak masuk sana, 21 jam melalui 21 check point. Kami syukur dibantu kerajaan Mesir dan Kedutaan Malaysia dengan Wisma Putra.

Selama 21 jam diiringi 12 kereta kebal, nak pergi tandas atau nak makan pun tak sempat. Duduk tegak 21 jam dalam van. Tapi bersemangat nak tolong orang.

Ebit menjawab segala dakwa4n Nadir Al-Nuri yang membangkitkan persoalan ramai sebelum ini.

Dalam pukul 1.30 pagi saya sampai, saya belum solat Maghrib dan Isyak. Memang saya nak kejar sembahyang. Mereka suruh saya duduk di kerusi dan Nadir kata saya tak tegvr dan tak salam.

Saya betul-betul tak perasan, Lepas tu saya terus pergi solat. Kalau soal live, memang kita tak benarkan live ketika misi bantuan. Takut ada apa-apa perkara bvruk berlaku ketika live.

Saya tak biad4b, tak ada tolak sesiapa. Tak perasan dia.

6) Apa keperluan bina rumah anak yatim di Pale.stin?

Setiap orang ada cara masing-masing untuk bantu. Mustahil kalau kat sana langsung tak perlu rumah anak yatim.

Kita buat cara masing-masing. Saya hormat cara beliau memberi. Dia patut hormat cara saya bantu.

7) Kenapa guna syarikat Hala, kenapa susahkan NGO lain?

Ini fitn4h yang teramat melampau dan sangat terlebih. Saya tak tahu apa itu syarikat Hala. Saya masuk melalui Kedutaan Malaysia.

Mengenai Miles of Smiles yang disebut sebagai satu-satunya jalan untuk masuk ke Ga.za. Saya dah hubungi mereka dari awal lagi.

Apabila sampai disana, saya berkomunikasi dengan beliau, diminta bayar A$10,000 atau sekitar RM40,000 satu kepala untuk masuk. Saya kata saya masuk seorang pun tak apa. Proses demi proses gagal.

Nak masuk Ga.za ada dua kelulusan penting. Pertama kelulusan kerajaan Mesir, kedua kelulusan tentera, itu wajib.

Ketika saya maklumkan nak balik, saya call kedutaan dan Wisma Putra, mereka cuba bantu, tanya-tanya tentera dan mereka kata ada satu syarikat yang assign.

Masa nak balik, mereka kata ejen perisikan tentera Mesir nak bantu. Nama syarikat tu Lucky Tour.

Lucky Tour caj A$2,500 atau sekitar RM10,000. Yang tadi RM40,000. Ni diskaun RM30,000. Sebelum ni orang masuk sekepala RM40,000.

Sebenarnya dia buka jalan mudah untuk orang lain nak pergi. Saya tak ada bayar harga tinggi hingga susahkan NGO lain. Ini fitn4h melampau. Pen1pu, f1tnah melampau dan z4lim.

Selama 33 hari kami di sana, semua team saya tak tidur. Jam 2 pagi bangun tahajjud, dhuha lagi, macam kem ibadah. Setiap pagi nangis minta bantuan Allah.

Terdahulu pada Selasa malam, rakyat Malaysia yang tinggal di Semenanjung Ga.za, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman tampil membuat pendedahan mengenai misi Ebit menerusi saluran Telegram miliknya.

Isu itu mula menjadi ‘panas’ selepas penyanyi rap Caprice tampil membuat pendedahan baru-baru ini, namun dia sudahpun membuat permohonan maaf pada Selasa.

Ebit pada Rabu petang turut membuat satu laporan polis, sekaligus menyebabkan Caprice membatalkan live Instagram yang sepatutnya berlangsung pada Rabu malam.

Neelofa mencel4h dalam IG live Ebit Lew, tak puas hati terpalit kontr0versi – “Kenapa Caprice kaitkan nama saya?”

Neelofa mencelah dalam IG live Ebit Lew, tak puas hati terpalit kontr0versi – “Kenapa Caprice kaitkan nama saya?”

TERPALIT dengan k0nflik antara Ebit Lew dan Caprice, pengacara popular Neelofa meminta namanya tidak dikaitkan dengan isu misi bantuan kemanusiaan Ga.za.

Neelofa menerusi Instagram live personaliti dakwah Ebit Lew pada petang Khamis berkata, dia sendiri akan menghubungi penyanyi rap itu bagi menyelesaikan hal itu.

“Saya akan contact Caprice kenapa kaitkan nama orang yang tak terlibat. This is not right!

“My mom pun tiada kena mengena dengan cerita Caprice dan ustaz.

“Saya minta jangan kaitkan benda yang tidak berasas” tulisnya pada ruangan komen.

Sebelum ini, nama Neelofa dipetik oleh penyanyi Takda Hal Bro yang mend4kwa pengacara itu sepatutnya tersenarai dalam rombongan misi bantuan ke Ga.za, Pale.stin bersama Ebit Lew.

Bagaimanapun, Caprice mendakwa Ebit mengeluarkan beberapa nama termasuk Neelofa bagi menjalankan misi itu bersendirian.

Mengulas perkara berkenaan, Ebit berkata, Caprice menghubungi dia dan bertanya tentang dokumen yang kononnya nama Neelofa dan suaminya Harris Ismail turut tersenarai ke Ga.za.

“Dia tudvh saya ambil dokumen yang ada nama dia, Neelofa dan Haris. Saya mesej saya secara tiba-tiba. Saya hanya bersangka baik tapi dia berkeras.

“Saya tak pernah jumpa dia, Neelofa dan Harris untuk berbincang fasal isu Ga.za. Dia kata mak Neelofa yang beritahu pada dia hal itu.

“Saya tak bawa lari dokumen, saya ikut saluran yang betul,” ujar Ebit.

Terdahulu, Ebit Lew menerusi Instagram live menjawab segala fitn4h dan menjelaskan isu hangat berkaitan Ga.za yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Isu yang dibangkitkan oleh Caprice pada Jumaat lalu itu menjadi panas selepas seorang rakyat Malaysia, Nadir Al Nuri yang menetap di Semenanjung Ga.za mendedahkan perjalanan pendakwah itu ke bumi bergolak itu tidak melalui cara yang sepatutnya.

Neelofa akan menghubungi Caprice berhubung dakwaan namanya turut terpalit.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*