Mana sumbangan RM20 juta rakyat Malaysia? – Ebit Lew L0ntar Balik Soalan Panas Ini Kepada Nadir

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ebit Lew meminta Ketua Pegawai Eksekutif Cinta G4z4 Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman mengemukakan bagaimana duit sumbangan rakyat Malaysia diagihkan untuk penduduk di P4l3st1n.

Ebit Lew dalam sidang akhbar yang disiarkan secara langsung di Instagramnya tadi berkata, dia tidak membawa duit sesiapa daripada kutipan tabung kerana pihak tidak pernah membuka sebarang tabung G4z4.

“Saya pergi sana dengan duit saya sendiri dan tidak pernah buka satu tabung pun untuk ke G4z4, P4l3st1n. Saya pergi dengan duit saya bersama sahabat yang sangat rapat dengan saya dan juga ada beberapa rakan di Facebook yang menyumbang.

“Ramai maki saya dakwa saya bawa duit Malaysia ke sana, dalam Live Muhammad Nadir Al-Nuri sebelum ini dia pernah sebut beliau mengumpul duit sumbangan yang berjumlah RM20 juta, jadi soalan itu sebenarnya berbalik kepada beliau di mana duit itu?

“Saya yakin dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sana, tetapi saya mahu balikkan soalan itu kepada dia, di mana sumbangan RM20 juta, ada resit ada bukti?,” katanya.

Ebit juga menjawab persoalan yang dibangkitkan Muhammad Nadir Al-Nuri mengapa pihaknya membeli barang keperluan di C4iro, Mesir, di mana katanya persoalan itu sepatutnya tidak dibangkitkan kerana satu-satunya NGO dibenarkan ialah Persatuan Bulan Sabit Merah M3sir.

“Sebenarnya soalan ini tidak patut wujud, kerana satu-satunya NGO yang dibenarkan ialah Persatuan Bulan Sabit Merah M3sir.

“Hal-hal bantuan memang melalui persatuan Bulan Sabit Merah M3sir. Saya beli barang perubatan empat lori di M3sir, semua sudah masuk. Di G4z4 juga saya ada beli barang sumbangan. Saya guna juga duit saya beli barangan di Mesir,” katanya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : KosmoOnline

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*