Telatah kanak-kanak ada kalanya sangat mencvit hati terutamanya jika diusik oleh orang dewasa. Macam yang dikongsikan wanita ini tentang gelagat anak perempuannya ini yang merajuk dengannya dan sekaligus membuatkan netizen terhibur melihatnya.
Semuanya bermula gara-gara si ibu yang tidak lagi mahu bermain dengan anaknya ini. Bukan saja merajuk, malah gaya kanak-kanak perempuan itu turut membuatkan ramai yang ‘ger4m’ dengan kecomelannya itu.
@dayahroslan94Dia merajuk sbb xmau main dgn dia ? banyak akai la, pandai merajuk dh
Di dalam video yang dikongsikan ini, wanita itu berkongsikan ragam kanak-kanak perempuan itu yang sedang merajuk dengannya. Kanak-kanak itu juga siap memelvk tubuh sambil memuncungkan bibirnya gara-gara si ibu yang tidak mahu bermain dengannya.
Malah ketika dipujuk oleh ibunya, kanak-kanak itu kemudian membawa diri ke tempat lain sambil memelvk tubuh. Tidak cukup dengan itu, dia turut berpaling dari kamera sebaik sahaja sedar gelagatnya itu sedang dirakamkan oleh si ibu.
Walaupun beberapa kali dipanggil oleh ibunya itu, kanak-kanak itu langsung tidak mahu memandangnya dan akhirnya membawa diri dengan membenamkan mukanya di katil. Celoteh comelnya ini turut membuatkan si ibu hanya mampu berdekah melihatnya.
Di ruangan komen, netizen turut sama ‘ge4m’ melihat aksi kanak-kanak ini merajuk. Ada juga yang berseloroh mungkin juga dia meniru gaya yang sama apabila ibunya merajuk dengan si ayah.
“Comel dia merajuk.”
“Apalah umi dia buat sampai merajuk macam begitu sekali…”
“Sebijik perangai anak bongsu saya.”
“Mesti ikut mummy dia ni tengok mummy dia merajuk dengan daddy.”
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Sumber: HCL
Leave a Reply