TPM tampil bagi satu nasihat kepada kumpulan bantuan kemanusiaan ke Pales.tine

PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menasihatkan kumpulan bantuan kemanusiaan ke Pale.stine (HM4P) untuk pulang ke tanah air.

Menurut Ismail Sabri, arahan tersebut dikeluarkan selepas beliau mengadakan sidang video bersama ketua misi HM4P, Datuk Seri Azeez Rahim yang kini berada di Kaherah, Mesir.

“Oleh kerana keadaan di Ga.za masih tidak menentu, maka saya menasihati Datuk Seri Azeez dan pasukannya untuk pulang dahulu ke Malaysia.

“InsyaAllah jika keadaan stabil mereka boleh ke Ga.za semula,” katanya pada hantaran di laman Facebook sebentar tadi.

Terdahulu, misi kemanusiaan HM4P selama dua minggu anjuran Biro Kebajikan UMNO (Bikum) yang dipengerusikan oleh Abdul Azeez berlepas ke Jordan pada 16 Jun.

Misi itu bertujuan menghantar bantuan makanan dan ubat-ubatan ke dua lokasi tersebut yang terjejas selepas ser4ngan tente.ra Zi0nis.

Pasukan misi kemanusiaan HM4P menyampaikan sumbangan di Kem Pel4rian Ga.za, Jordan baru-baru ini.

Azeez Rahim Agih Bantuan Di Kem Pelari4n Ga.za, Netizen Tanya Caprice Tak Ikut Ke?

Keberadaan penyanyi rap, Caprice kini menjadi tanda tanya apabila kelibatnya tidak kelihatan di beberapa hantaran yang dibuat oleh Ketua misi Humanitarian Mission 4 Palest,.ine (HM4P), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang kini berada di Jordan.

Ahli Parlimen Baling itu melalui Facebooknya ada memuatnaik beberapa hantaran mengenai aktiviti kumpulan tersebut yang kini masih berada di Jordan.

Kumpulan tersebut difahamkan masih belum berjaya memasuki Ga.za dan kini giat menyampaikan sumbangan di kem-kem pel4rian Ga.za di Jordan, bagaimanapun kelibat Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 32 langsung tidak kelihatan.

Tinjauan Kosmo! di ruang komen juga mendapati orang ramai mula mempersoalkan di manakah penyanyi rap itu berada kerana Caprice juga merupakan salah seorang peserta misi HM4P.

“Bukan ke Caprice ikut Datuk Azeez ke sana juga? Sudah tinggalkan di tepi jalan mana-manakah?,” tanya Imran Harith.

“Mana Caprice? Tak ada pun dalam gambar. Atau dia tukang ambilkan gambar ini?,” soal Kuplaikhan Siti.

“Terbaik, teruskan usaha membantu umat. Jenuh juga ‘scroll’ cari Caprice dalam gambar, tapi langsung tidak kelihatan,” kata seorang lagi netizen, Zulhelman Roslan.

Terdahulu, misi kemanusiaan HM4P selama dua minggu anjuran Biro Kebajikan UMNO (Bikum) yang dipengerusi oleh Abdul Azeez berlepas ke Jordan pada 16 Jun bertujuan menghantar bantuan makanan dan ubat-ubatan ke dua lokasi tersebut yang terjejas selepas serangan tentera Zi0nis

Terdahulu  nama Caprice menjadi bualan hangat netizen selepas mendedahkan usaha untuk memasuki Ga.za tidak berjaya kerana campur tangan pihak lain.

Malah, dia turut mendedahkan pendakwah popular Ustaz Ebit Lew (UEL) telah menyekatnya dalam Instagram serta memberi bayangan bahawa UEL antara punca dia masih tidak dibenarkan masuk ke Ga.za.

Ustaz Amin tampil bagi satu nasihat

Tidak mahu isu ini berpanjangan berikut pula ulasan dari Ustaz Amin yang telah banyak pengalaman menyertai misi-misi kemanusian

“Janganlah gadvh-gadvh, tenang-tenang sajalah

“Saya ingin mengulas mengenai bantuan ke tanah barakah. Kerana ia bukan sahaja tanah yang unik, tetapi strategi untuk ke sana juga sangat unik.

“Tahukah anda bahawa tempat ini adalah tempat yang paling banyak berlaku pep3rangan sejak beribu tahun dahulu.

“Bermaksud, telah berlaku juga penghantaran bantuan sejak beribu tahun dahulu. Zaman Nabi Ibrahim dengan Namrud (1800 s.m) P3rang Samsum al-Ghazi (1400 s.m) zaman Nabi Musa (1300s.m) Nabi Daud 1050 (s.m) P3rang Nabuchadneezar (586 s.m) P3rang Titos (70 m), Saidina Umar (637m) p3rang Salib (1187m) dan beribu lagi peperangan di tanah barakah ini. Sebab itu ia di sebut sebagai bumi syuhada’ sehingga hari kiamat.

“Apakah anda rasa ketika Nabi Isa mengalahkan Dajj4l di kawasan sini, tidak berlaku operasi penghantaran bantuan dan sokongan dari umat Islam satu dunia.

“Dalam operasi bantuan ke tanah barakah ini, saya suka berpegang dengan hadith Nabi SAW, “hendaklah kamu sungguh-sungguh membantu dengan cara senyap-senyap”kenapa? Jika dihebohkan, musuh akan dapat tahu cara kita dan di kalangan orang Islam pun akan banyak salah sangka.

“Cara bantuan secara makro dan mikro juga berbeza. Bantuan melalui Mesir atau dari Jerusalem pun berbeza. Bantuan ketika musim panas pun tak sama ketika musim sejuk. Dan kita pun tak akan dapat bantu semua orang, sesetengah tempat di bantu, di tempat satu lagi akan terasa kenapa tidak sampai kepada kami.

“Untuk Solidariti tanah barakah ini, semua orang ada caranya tersendiri, dan ingat, tidak ada gading yang tidak retak,tidak ada misi yang tidak ada kelemahan.

“Nasihat saya pada yang baru nak terlibat dengan bantuan ke sini, ia sangat unik dan tidak akan sama ke mana-mana tempat lain di dunia. Belajarlah dan rujuklah juga pada orang lama untuk kematangan di dalam bantuan ke sana. Belajar untuk sama-sama bekerjasama untuk matlamat yang satu. Soal nama kita disebut di dunia tidak penting, asalkan ia disebut di langit.

“Dan ingatlah, setiap kali Ramadhan, setiap kali akan berlaku keteg4ngan di sini, jadi, jika tidak sempat tahun ini, bersedialah untuk tahun hadapan. Hanya lagi 10 bulan akan berlaku lagi ketegangan.

“Tenang-tenang sajalah.

kredit: Ustaz Amin

25 hari team Azeez masih belum boleh masuk Ga.za

PETALING JAYA – Selepas lebih 25 hari berada di Mesir, misi Humanitarian Mission 4 Pale.stine (HM4P) al-Quds dan Ga.za, yang diketuai oleh Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim masih belum dibenarkan memasuki G.za, Pale.stin.

Abdul Azeez melalui hantaran di Facebooknya baru-baru ini berkata, difahamkan pihaknya perlu mendapatkan beberapa kebenaran dari kerajaan Mesir sebelum meneruskan perjalanan misi kemanusiaan di Gaz.a.

“Segala kebenaran telah kami perolehi dari kementerian terlibat di Malaysia sebelum kami berlepas ke Mesir.

“Segala cabaran dan dugaan yang kami hadapi mengajar kami erti perjuangan demi saudara seislam kita di Ga.za. Beratnya dugaan yang terpaksa kami lalui maka lebih beratlah ujian yang mereka hadapi namun semangat juang mereka tidak pernah padam mempertahankan bumi Pale.stin,” katanya.

Menurut Abdul Azeez, sepanjang mengendalikan 40 misi kemanusiaan di luar negara, ini merupakan kali pertama pihaknya menghadapi dugaan yang luar biasa dan meminta seluruh rakyat Malaysia mendoakan pihaknya di sana.

“Walaupun terpaksa senyum dan ketawa disebalik tangisan, semangat dan kecekalan kami untuk memasuki Ga.za membawa solidariti rakyat Malaysia, mewakili keprihatinan dan kasih sayang seluruh rakyat Malaysia kepada semua saudara kita di sana tidak akan pernah luntur dan padam.

“Kepada seluruh rakyat Malaysia, kami team HM4P memohon agar terus mendoakan kami dapat masuk ke bumi Ga.za dengan niat dan matlamat yang murni dan dapat segera pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat,” katanya.

Terdahulu, misi kemanusiaan HM4P selama dua minggu anjuran Biro Kebajikan UMNO (Bikum) yang dipengerusi oleh Abdul Azeez itu berlepas ke Jordan pada 16 Jun bertujuan menghantar bantuan makanan dan ubat-ubatan ke dua lokasi tersebut yang terjejas selepas serangan tentera Zi0.nis.

Difahamkan, misi tersebut turut disertai oleh penyanyi yang juga aktivis kemanusiaan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 32.

Cukvr kepala, Caprice teruskan misi solo

PETALING JAYA – Aktivis kemanusiaan dan penyanyi rap, Caprice tetap meneruskan misi kemanusiannya walaupun secara solo untuk membantu rakyat Pale.stin.

Pemilik nama lengkap, Ariz Ramli yang kini berada di Cairo, Mesir berjanji, akan membanggakan rakyat Malaysuia, bahkan membuktikan kebenaran untuk setiap perkara yang pernah diperkatakan sebelum ini.

“Salam Malaysia. Baru habis ‘packing’. Saya cuma nak cakap yang saya akan teruskan dengan misi seorang diri. Semua yang lain sudah balik ke Malaysia.

“Tetapi, saya telah memilih untuk melun4skan misi saya. Insya-Allah. Waktu ini telah menjadi perjalanan yang paling sukar dalam kehidupan saya selama kita berjuang, berjihad dan beribadah.

“Saya percaya dengan hikmah. Ada sebab mengapa semua ini berlaku. Satu hari nanti, saya akan buktikan kebenaran. I’ll see you when I see you, Malaysia (Jumpa kalian semua tapi saya tak tahu bila, Malaysia),” katanya menerusi beberapa muat naik video dalam IG Story miliknya beberapa jam lalu.

Dalam untaian video berkenaan, Caprice turut berkongsi satu video ‘boomerang’ dipercayai sudah mencukur atau membotakkan kepala.

Dalam meneruskan misi diteruskan secara bersendirian, pelantun lagu Lenglui itu sekali lagi memohon maaf kepada sesiapa yang terkesan dengan perbuatannya sebelum ini.

“Saya minta maaf kepada sesiapa yang terluka, kec3wa dan berkecil hati. Insya-Allah, saya akan membanggakan anda semua. Demi ummah, demi Malaysia,” ujarnya.

Terdahulu, negara digemparkan dengan pendedahan Caprice yang mendakwa pasukan Ustaz Ebit Lew yang berada di Ga.za, Palestin sudah menc0nteng arang terhadap imej negara apabila membvrukkan nama Malaysia tindak-tanduk yang tidak sewajarnya.

Antara dakwa4n Caprice termasuklah masyarakat Arab, terutamanya rakyat Palestin tidak selesa apabila Ebit mengambil atau merakam gambar menunjukkan wajah mereka terutama anak-anak kecil saat menghulurkan bantuan.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*