Ismail Sabri Umum Ada Perubahan SOP Fasa Satu Dan Dua. Ramai Kurang Setvju Yang N0mbor Dua

KUALA LUMPUR: Kerajaan membuat sedikit perubahan ke atas p.rosedur o.perasi standard (SOP) bagi negeri dalam Fasa 1 dan Fasa 2 di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) susulan perkembangan positif kadar v.aksinasi negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bagi negeri di bawah Fasa 1 PPN, kerajaan membenarkan kehadiran di pejabat bagi sektor awam ditingkatkan kepada 40 peratus.

Kebenaran itu adalah tertakluk kepada arahan Ketua Setiausaha Negara (KSN).

“Untuk perkhidmatan perakaunan juga dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 60 peratus,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain itu, o.perasi pasar harian dan pasar awam dilanjutkan dari jam 6 pagi hingga 4 petang tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan pematuhan SOP dan pengawasan anggota RELA atau PBT.

Waktu o.perasi bagi Pasar Segar Terkawal (PST) pula akan dilanjutkan dari jam 7 pagi hingga 2 petang.

Kredit Gambar

Aktiviti berbasikal dan permainan individu yang boleh mengamalkan penjarakan fizikal 2 hingga 3 meter dibenarkan di kawasan kejiranan sahaja.

Pelabuhan, lapangan terbang, dan sektor logistik dibenarkan untuk beroperasi 24 Jam.

Dalam pada itu, pengo.perasian lombong dan kuari adalah dibenarkan dengan kapasiti pekerja hingga 60 peratus tertakluk kepada SOP perlombongan dan pengkuarian.

“Ini bagi memenuhi keperluan projek-projek k.ritikal yang membabitkan pembaikan dan pembinaan jalan raya, jalan-jalan luar bandar serta persekutuan,” katanya.

Ismail Sabri berkata, bagi negeri yang berada di Fasa 2 PPN, aktiviti penggambaran filem di luar studio dibenarkan dengan pematuhan SOP ketat.

Waktu operasi premis perniagaan pula dibenarkan dari jam 6 pagi hingga 10 malam termasuk specialty stores iaitu stesen minyak.

Dalam kenyataan sama, Ismail Sabri mengumumkan, sebanyak 27 lokaliti di Terengganu, Sabah dan Pahang akan dikenakan P.erintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Rabu ini hingga 3 Ogos depan.

PKPD di Terengganu memb.abitkan 12 lokaliti, masing-masing dua di Mukim Bandi, Kemaman dan 10 kampung di Mukim Kuala Dungun, Dungun.

“PKPD di Mukim Bandi membabitkan Bandar Cheneh Baru dan Felda Neram 2 manakala 10 lokaliti di Mukim Kuala Dungun ialah Kampung Sungai Buaya, Kampung Tanah Lot, Kampung Lembah, Kampung Padang Jambu dan Kampung Nibong.

“Turut dikenakan PKPD ialah Kampung Bukit Chatak Tengah, Kampung Molek, Kampung Bijangga, Kampung Sungai Udang dan Kampung Sungai Penaga,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, PKPD di Sabah pula membabitkan 10 lokaliti termasuk Kampung Marau dan Kampung Kebawang di Sipitang; Kampung Pituru Kinarut, Papar; Kampung Meruntum, Putatan dan dua lokaliti di Penampang iaitu Beverly Hills Fasa 2 dan Cybercity Fasa 2.

“PKPD turut dilaksanakan di empat lokaliti di Kota Kinabalu iaitu Jalan Kampung Likas Simpang 3, Api-Api Centre Kota Kinabalu, Taman Ujana Kingfisher, Likas dan Kampung Salut, Telipok.

“PKPD di Pahang pula membmabitkan tiga kampung di Mukim Ulu Dong, Raub iaitu Kampung Bedu, Kampung Temalian dan Kampung Pamah Kulat serta dua kampung di Mukim Ulu Jelai, Lipis iaitu Kampung Kabang dan Kampung Sat,” katanya.

Katanya, p.rosedur o.perasi standard (SOP) bagi semua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini dan maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang Majlis Kes.elamatan Negara (MKN).

Reaksi Orang Ramai

Kredit : BHOnline via om

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*