Lelaki Kongsi Tips Pakai Tudung Guna Baju Buat Ramai Terhibur

Setiap kali menerima parcel di rumah, pastinya orang perempuan lah yang paling kalut sekali mencari tudung untuk keluar mengambilnya. Sehinggakan ada yang akan mengambil masa yang lama gara-gara tidak jumpa di mana tudung sendiri berada.

Memandangkan ini antara situasi lazim yang selalu dialami kaum perempuan, lelaki ini tampil dengan satu idea bernas untuk membantu. Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih hampir sejuta tontonan setakat ini.

@fitross__Tiada alasan lagi untuk malas pakai tudung? #fyp #introvertkentang

♬ original sound – c a n

 

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu menunjukkan tutorial menggunakan baju untuk menjadi pengganti tudung. Namun cubaanya ini berjaya membuatkan rata-rata netizen terhibur dengan idea yang diberikan.

Lelaki itu kemudian menunjukkan cara-cara untuk memakainya dengan mengubah baju itu menjadi tudung. Apa yang menarik perhatian ialah hasilnya berjaya menampakkan ia sama seperti tudung yang selalu dipakai.

tutorial

Dia juga sempat berseloroh ini adalah cara yang mudah untuk keluar mengambil barang sekiranya ada yang tidak sempat mahu mengambil tudung di rumah.

Meninjau di ruangan komen, tutorial yang dilakukannya ini turut menarik perhatian ramai. Ada juga yang mengakui pernah melakukan perkara yang sama namun akhirnya mengundang ketawa dari orang di sekeliling.

“Aku pernah pakai gini pastu orang yang hantar barang tu pandang aku lain macam…”

lelaki kongsi tips

“Sebenarnya ada sebab lain tak nak ambik.”

tudung

“Nak ambik sweatshirt pun tak sempat.”

komen

“Aku selalu gelabah padahal tudung sauk ada je tibe time tu tak nampak tudung…”

tik tok

 

Sumbertik tok

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*