“Dulu Minyak Wangi Pun Jenama Gucci Sekarang Dah Bau Ayam, Minyak Sapi” – Amelina Titip Pesan Buat Ramai Sedih

Penyanyi dangdut, Amelina kini tidak menang tangan menyiapkan tempahan makanan sejak perniagaan kecilnya mendapat perhatian ramai.

Menerusi akaun Instagramnya, Amelina memaklumkan dia kini menjual Nasi Ayam Rindu dan Nasi Minyak Asyik sebagai pendapatan tambahan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dilaksanakan.

Menurut Amelina, dia tidak malu apabila rutinnya kini berubah daripada berbau minyak wangi bertukar kepada bawang putih dan minyak sapi.

“Macam inilah setiap malam sediakan tempahan-tempahan. Kalau dulu bau minyak wangi Dior, Gucci.

“Pakai liplap liplap, rambut kepok kepok sekarang kak long dah bau bawang putih, ayam dan minyak sapi kat rumah.

Stay strong semua okay. Kita sama-sama mendoakan satu sama lain,” tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan rata-rata pengikut mengakui tidak menyesal membeli juadah yang dijual Amelina selain memuji keenakan masakannya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*