Elyana Simpan Derit4, Sering Kongsi Kehidupan Bahagia Bersama Keluarga

Hakikatnya, penyanyi Kalis Rindu, Elyana, 34, kini sedang bertarvng nyawa melawan peny4kit k4nser limfoma tahap empat, namun tidak sedikitpun raut wajahnya mempamerkan pend3ritaan yang dihadapi.

Timbul kekaguman bagaimana Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal mengumpul kekuatan melawan peny4kit berb4haya ditanggung sejak 10 tahun lalu.

Namun, selagi hayat dikandung badan, wanita kelahiran Shah Alam, Selangor itu tidak sesekali berhenti berharap untuk berjuang mel4wan peny4kitnya.

Wajahnya sentiasa ceria melayani pengikut dalam Instagram (IG) Live, biarpun sedang menerima rawatan di hospital selama dua minggu. Tetap manis menguntum senyum, seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Mendasari hati ibu kepada dua cahaya mata, Cinta Sumayyah, 10, dan Cahaya Ramadhani, 2, Elyana berkata, kekuatannya mungkin disebabkan berkat doa insan dikenali mahupun tidak.

“Secara jujur, saya tidak tahu daripada mana datangnya kekuatan ini. Saya percaya berkat doa semua orang, ia bagaikan meniupkan semangat untuk saya terus bernafas.

“Saya hanya manusia biasa, ada masanya momen kec3wa dan tertekan. Saya akui sukar menerima kenyataan pada awal disahkan menghidap k4nser. Saya sering tertanya-tanya kenapa ia terjadi kepada saya?

“Saya juga mempersoalkan, kenapa orang lain menghidap penyakit sama boleh sembuh, tetapi saya tidak? Namun, lama kelamaan saya mula menyedari, semakin lama Allah menguji, semakin saya beroleh ketenangan,” katanya BH Online.

Demi menjalani rawatan dengan tenang, Elyana juga menjauhkan dirinya daripada insan neg4tif. Akuinya, rohani juga semakin terisi selepas hampir 10 tahun menjadi pesakit k4nser.

Malah, pelakon drama Dunia Baru dan Misi Dania Cun itu berkata, dia juga tidak terlalu mengejar kebendaan. Andai sebelum ini pekerjaan menjadi fokus utama, tetapi kini sekadar membiarkan Allah mengatur rezeki buatnya sekeluarga.

“Saya percaya kepada rezeki Allah dan tidak mengejar kehidupan dan keduniaan seperti dahulu. Walau bagaimanapun, Alhamdulillah, saya beroleh ketenangan dan rezeki sentiasa ada,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by elyanaofficial (@elyanaofficial1)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by elyanaofficial (@elyanaofficial1)

Berkongsi tahap kesihatannya, Elyana yang baru sahaja keluar hospital bagi menjalani rawatan berkata, dia optimis, meskipun sel k4nser sudah merebak pada anggota badan yang lain.

“Saya menjalani 10 kali rawatan radi0terapi dan dimasukkan dua beg darah. Untuk rawatan radi0terapi kali ini, doktor memfokuskan kepada sel k4nser yang tumbuh pada bahagian dada kerana ia agak besar berbanding lain.

“Sebenarnya, tujuan asal ke hospital tempoh hari hanyalah untuk menambah darah, tetapi apabila ujian imbasan PET dilakukan, doktor mendapati terdapat ketumbuhan pada bahagian tengah dada. Jadi, doktor terpaksa menjalankan rawatan radi0terapi secepat mungkin.

“Kesan ketumbuh4n ini, saya sukar bernafas, malah batuk tidak henti-henti hampir setahun. Apabila asyik batuk, saya mengalami kesukaran menelan hingga menjejaskan selera makan. Ia juga memberi kesan kepada berat badan.

“Selain dada, k4nser turut merebak pada bahagian paru-paru, belakang rahim, sedikit pada usus dan beberapa bahagian badan lain. Dengan bantuan ster0id, berat badan hanya 35 kilogram (kg) kini sudah naik kira-kira tujuh kg.

“Selera makan juga sudah semakin baik berbanding sebelum ini,” kata Elyana.

Elyana berkata, dia hanya bersetuju ditahan di wad sekiranya suami, Khairul Anuar Husin, 46, dibenarkan menemaninya.

Seperti diketahui, hospital mengenakan syarat ketat dengan hanya membenarkan pesakit terdiri daripada warga emas, kanak-kanak dan mereka yang uzvr sahaja ditemani penjaga ketika pand3mik C0V!D.19.

“Badan saya memang lemah sehingga tidak mampu berjalan ketika itu. Jadi, suami kena menguruskan saya sepanjang berada di hospital.

“Suami saya seperti suami lain, ada masanya keletihan menguruskan saya, tetapi tetap menjadi penyokong kuat. Dialah peniup semangat untuk saya terus berjuang, lebih lagi sejak melihat fizikal saya berubah,” katanya yang disahkan menghidap k4nser pada 2012.

Biarpun sudah hampir sedekad berjuang melawan penyakit selepas melahirkan anak sulung, Elyana berkata, dia tidak pernah berputus asa mencari penawar penyakitnya. Bahkan, tidak pernah rasa takut, biarpun ramai membuat tanggapan penyakit k4nser adalah ‘death penalty’ untuk penghidapnya.

“Bagi saya, tiada apa yang perlu ditakutkan, semua orang bakal berdepan kem4tian suatu hari nanti. Saya percaya pada qada dan qadar, ada orang tidak sakit pun tiba-tiba boleh meningg4l dunia.

“Ada yang diuji tiada makanan, ada pula dengan kesakitan. Pendek kata, setiap manusia tidak terlepas melalui ujian masing-masing. Jadi, apa yang boleh dilakukan, hadapilah ujian dengan ikhlas.

“Paling penting, belajarlah untuk reda. Apabila kita reda, insya-Allah ketenangan akan datang,” katanya yang sedang berehat di rumah gembira selepas dua minggu terpisah dengan keluarga kecilnya.

Memulakan kerjaya nyanyian seawal usia 14 tahun, kongsi Elyana, dia dijangka akan dimasukkan semula ke wad untuk merawat sel k4nser pada bahagian lain.

Bagaimanapun, katanya, dia masih berada dalam dilema sama ada memilih rawatan kem0terapi atau radi0terapi.

Memandangkan anak-anak masih kecil, Elyana lebih selesa memilih radi0terapi berbanding kem0terapi. Ini kerana kesannya tidak setervk kem0terapi yang akan menyebabkan tubuhnya menjadi lemb1k.

“Saya akan lakukan apa sahaja sebagai ikhtiar untuk sembuh. Selain perubatan moden, saya mahu mencuba rawatan alternatif. Apa sahaja cadangan kenalan, saya akan cuba.

“Malah, saya pernah berulang alik selama hampir tiga tahun ke Jakarta, Indonesia untuk menjalani rawatan. Namun, saya tidak dapat terbang ke sana disebabkan C0V!D.19.

“Saya serasi dengan perubatan di Jakarta. Saya rasa lebih bertenaga seperti orang tidak sakit. Rawatannya menggunakan kaedah alami dan tidak mengenakan apa-apa bayaran.

“Rawatan juga lebih kepada kerohanian. Setiap malam Jumaat, ceramah agama diadakan membuatkan saya beroleh ketenangan. Biasanya, saya berulang alik antara sebulan atau dua bulan sekali. Kos mungkin agak tinggi kerana perlu terbang ke seberang.

“Namun, saya menjadi tidak berkira soal duit disebabkan beroleh ketenangan dan bertenaga,” katanya.

Mengulas penampilan terbaharu yang kini berhijab, Elayan mengakui, dia sedang berubah perlahan-lahan untuk berhijab dengan sempurna.

Akuinya, dia sudah lama berniat memakai tudung, memandangkan usia semakin meningkat dan anak-anak kian membesar.

“Jika dahulu, saya sibuk memikirkan konsep album, bimbang imej tidak bersesuaian. Lagipun, masih darah muda dan saya pula tidak pakai seksi, jadi belum masanya untuk berhijab.

“Tetapi, kini usia pun semakin meningkat, anak-anak sudah membesar. Dengan ujian C0V!D.19, saya rasa tiba masanya untuk saya berubah perlahan-lahan dan memakai hijab,” katanya.

Elyana memulakan kerjaya nyanyian seawal usia 14 tahun. Sepanjang kerjaya, Elyana muncul empat album solo, dua album kompilasi dan merakamkan lebih 40 lagu.

Selain lagu Kalis Rindu, lagu popular nyanyiannya termasuklah Niat, Tak Tercapai Akalmu dan Kau Atau Aku.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber:BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*