“Abam Tentera Pun Malas Nk Layan, Tak Malu!!” -Demi Viral, Gadis ‘Ged1k’ Selamba Berjoget Depan Pasukan Tentera

Zaman serba viral ini, tidak dinafikan segelintir individu sanggup membuang rasa malu asalkan mendapat pujian dan perhatian daripada manusia dengan melakukan perkara yang tidak mencerminkan keperibadian diri.

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang gadis berhijab di negara seberang selamba melakukan aksi joget di hadapan sekumpulan Tentara Nasional Indonesia (TNI) sehingga mengundang kecaman warganet.

Rakaman video berdurasi 29 saat itu dimuat naik oleh gadis tersebut @riweuhmom di platform TikTok miliknya sebelum dikongsi semula di laman Instagram @pararaider_infanteri.

“Jangan ditiru aksi ini ya, ini namanya merendahkan diri sendiri,” tulis kapsyen posting tersebut.

Rakaman video berkenaan memaparkan sebuah pintu gerbang yang bertulis ‘Akademi Militer’ sebelum gadis itu tiba-tiba menampilkan dirinya di dalam kamera.

Tidak lama kemudian, gadis yang mengenakan pakaian berwarna merah jambu dan memakai pelitup muka itu dilihat mula melakukan aksi tarian dengan membelakangi beberapa anggota TNI yang berada di atas trak tentera.

Bukan itu sahaja, video dengan lagu latarbelakang Astronaut In The Ocean nyanyian Masked Wolf itu merancakkan lagi situasi apabila dia bertindak mengekori seorang anggota TNI yang sedang berjalan memasuki pintu bahagian hadapan trak tersebut.

Bagaimanapun, anggota TNI terbabit hanya melemparkan senyuman dan seolah-olah ‘malas melayan’, sama seperti pasukan berada di atas trak yang dilihat tidak memberikan sebarang reaksi terhadap aksi tarian itu.

Selain dikecam warganet ibarat hilang sifat malu kerana terkinja-kinja di hadapan sekumpulan lelaki, gadis berkenaan juga disifatkan tidak menghormati pasukan pakaian seragam itu yang sepatutnya dipandang tinggi oleh rakyat.

Difahamkan, @riweuhmom yang mempunyai lebih sejuta pengikut di TikTok sememangnya kerap memuat naik video aksi tariannya di beberapa lokasi ‘random’ di hadapan orang ramai.

Sumber: Instagram @pararaider_infanteri

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : https://borakdaily.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*