
Mungkin hakikat yang sebenar kita tak mampu nak membalas jasa ibu dan bapa kerana ramai yang sedar betapa besarnya jasa mereka dalam membesarkan kita.
Justeru itu, kita hendaklah setiap detik menghargai jasa ibu bapa. Netizen bagaimanapun merasa begitu terharu apabila melihat seorang ayah yang gembira ini kerana dihargai oleh anak-anaknya.
Hantaran video oleh pengguna atas nama Alyanrdnie1 ini sebenarnya ingin berkongsikan senyuman ayah apabila dibelikan telefon baru akibat telefonnya hilang.
Sehubungan dengan itu, ayah wanita berkenaan terus malu-malu ingin membuka kotak telefon yang diberikan dan apabila kena paksa baru ingin membukanya. Alahai comel sungguh!
Betapa gembiranya ayahnya ini apabila melihat telefon baru dibeli itu sehingga mengusik perasaan wargamaya menonton telatah ayahnya itu sehingga video yang dimuat naik ini ditonton ribuan kali oleh pengguna TikTok yang lain.
Akui netizen diruangan komen bagaimanapun tiba-tiba akan merasa sedih apabila dapat melihat video ibu ayah seperti itu. Ada juga yang merasa rindu dengan orang tua mereka.
“Aku tak boleh la tengok video macam ni, nak menangis”
“Bestnya dapat lepak lepak dengan ayah”
“Semua video mengenai mak ayah atau family auto sebak, semoga Allah panjangkan umur…”
Sumber : Tiktok
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media
Sumber : HCL
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Sumber: Sumber
Leave a Reply