KWSP Berltahu Bayaran Bulanan ICltra Akan Terhentl Sekiranya Jadi 3Perkara Ini

Sebelum ini pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berusia 55 tahun ke bawah boleh membuat permohonan pengeluaran i-Citra mulai 12hb, tiga hari lebih awal daripada tarikh ditetapkan.

Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP, memaklumkan permohonan itu boleh dibuat melalui laman sesawang icitra.

Bagi memudahkan permohonan dalam talian i-Citra, ahli dinasihatkan untuk memastikan nombor telefon bimbit mereka adalah sama seperti dalam rekod KWSP bagi urusan penerimaan one-time password (OTP), di samping mempunyai akaun bank yang masih aktif untuk bayaran pengeluaran terb.abit.

i-Citra membolehkan ahli yang layak untuk membuat pengeluaran simpanan KWSP mereka sehingga jumlah maksimum RM 5,000 tertakluk kepada jumlah baki simpanan dalam akaun 1 dan 2

Menurut kenyataan itu, pembayaran pertama i-Citra dijangka dikreditkan ke dalam akaun bank pencarum mulai bulan depan.

Jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar sehingga lima kali bayaran iaitu sebanyak RM 1,000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan.

I-Citra diperkenalkan selaras dengan pengumuman Pakej Perli.ndungan Rakyat dan Pemulihan E.konomi (PEMULIH) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Jun lalu.

Ia adalah inisiatif jangka pendek bagi membantu pencarum yang terk.esan dengan c.abaran e.konomi ak.ibat p.andemik C0VID 19 serta mengimbangi keperluan masa kini dan masa depan ahli.

Kredit Gambar

Bayaran Akan Terhenti Apabila

Sejak 12 Julai lalu, orang ramai sudahpun boleh membuat permohonan pengeluaran i-Citra melalui akaun KWSP mereka secara atas talian sehingga 30 September akan datang.

Menurut kemaskini portal Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) setakat 11 Julai, pembayaran i-Citra akan dibuat bermula Ogos bagi permohonan yang dilakukan pada bulan ini.

Bagaimanapun, tiga situasi di bawah akan menghentikan pembayaran bulanan tersebut iaitu

Jika ahli yang memohon mencapai umur 55 tahun, Terdapat apa-apa pengeluaran penuh yang diluluskan, misalnya melibatkan pengeluaran Hilang Upaya, Meninggalkan Negara, Kem.atian dan sebagainya. Dan ahli membuat pembatalan i-Citra.

Adalah diingatkan, permohonan semula adalah tidak dibenarkan bagi mereka yang membuat pembatalan i-Citra.

Untuk makluman, pembayaran i-Citra akan dilakukan secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli secara berperingkat. Justeru, pemohon perlu memastikan tiga syarat berikut dipenuhi bagi memastikan pembayaran berjalan lancar.

Akaun bank simpanan atau semasa. Akaun bank masih aktif dan akaun bank atas nama ahli sendiir (bukan akaun bersama atau syarikat).

Jelas KWSP, jika ahli berstatus m.uflis dan tidak mempunyai akaun bank, mereka boleh memohon pembayaran i-Citra secara Arahan Bayaran ketika membuat permohonan di laman web tersebut.

Akan tetapi, pembayaran melalui kaedah ini akan mengambil masa dan ahli perlu hadir ke cawangan pilihan bagi urusan pengambilan Arahan Bayaran tersebut

Bagi ahli berumur 55 tahun ke atas yang mempunyai caruman dalam Akaun Emas pula, pengeluaran daripada akaun ini adalah tidak boleh digunakan bagi tujuan i-Citra.

Jelas KWSP, simpanan tambahan ini layak dikeluarkan selepas pemegang berusia 60 tahun bagi memastikan kecukupan simpanan persaraan ahli pada waktu tersebut.

Kredit : Astro/SK/KWSP

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : https://kisahbena.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*