Lepas je Ismail Sabri umum soal Fasa 2. Kini Tengku Zafrul pula yang tampil umum sesuatu buat ramai lega.

Semalam timbalan Perdana Menteri, yang juga Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jangkaan peralihan fasa di seluruh negara dilakukan pada awal ogos itu berdasarkan perkembangan positif kadar v4ksinasi lengkap dua dos yang telah melepasi nilai ambang 10 peratus.

Jelas beliau, negeri-negeri lain boleh mengikut jejak Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak yang telah pun terlebih dahulu berada di Fasa Dua setelah melepasi nilai ambang ketiga-tiga indikator utama yang ditetapkan di bawah PPN.

“Perkembangan ini memberi gambaran bahawa negara berada di landasan yang betul dalam usaha mencapai imvniti kelompok. Indikator ini sejajar dengan perancangan PPN yang menjangkakan kadar v4ksinasi akan mencapai 10 peratus populasi pada akhir bulan Julai ini,” demikian katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tengku Zafrul Tampil Beritahu Tentang Peralihan Fasa

Negeri yang beransur pulih daripada Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) ke Fasa Dua tidak akan berpatah balik ke Fasa Satu, kata Menteri Penyelaras PPN Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata adalah tidak mampan bagi negara untuk buka dan tutup sesebuah negeri dan PPN merupakan pelan perancangan khusus bagi membolehkan rakyat kembali kepada kehidupan normal.

“Sekiranya angka jangkitan C0v!d.19 di negeri yang telah beralih fasa adalah tinggi, hanya lokasi atau kawasan tertentu akan dikenakan Pe.rintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan bukannya seluruh negeri. Kalau kita beransur pulih dari Fasa Satu PPN ke Fasa Dua sebagai contoh, kita tak boleh balik ke Fasa Satu dan kembali ke Fasa Dua.

Sebaik sahaja beralih ke Fasa Dua, kalau ada kes (C0v!d.19) di kawasan atau lokasi tertentu, ia akan ditutup atau (dikenakan) PKPD, bukan lagi seluruh negeri,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan di Kiosk D’Harmoni 9 dan Medan Selera Presint 9, di sini, hari ini.

Lapan negeri telah beralih ke Fasa Dua PPN setakat ini iaitu Perlis, Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Tengku Zafrul berkata negeri-negeri lain juga bakal menuruti langkah untuk beralih ke Fasa Dua dan seterusnya ke Fasa Tiga. Menurutnya, p.rosedur o.perasi standard (SOP) di kawasan PKPD perlu dipertingkatkan kerana terdapat juga kilang dalam kategori e.ssential yang dibuka.

“Contohnya, ujian s.aringan C0v!d.19 perlu dibuat sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Yang penting, kita kena kurangkan k.es di kawasan PKPD yang menyumbang kepada jumlah keseluruhan k.es C0v!d.19 dalam negara,” katanya.

Sementara itu Tengku Zafrul berkata beliau mengadakan sesi libat urus berkenaan PPN dengan beberapa parti p.olitik dan pihak berkepentingan pada minggu ini dan akan meneruskan sesi berkenaan dalam masa terdekat. Katanya sesi libat urus berkenaan amat produktif dan pelbagai input diterima khususnya berkaitan aspek kesihatan dan bantuan untuk mereka yang terjejas di kawasan PKPD.

Menurutnya, perbincangan mengenai PPN telah diadakan dengan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), U.MNO, P.as, G.abungan Parti Sarawak (GPS) dan seterusnya dengan Parti A.manah Negara (Amanah), P.KR, D.AP, B.ersatu, M.CA dan M.IC.

Kredit : HMetro

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: https://greatdailynews.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*