Suami kongsi detik piIu terp4ksa biar isteri bvnting pelamin bersanding seorang diri, ambil keputusan berhenti kerja demi keluarga

SETIAP pasangan yang mendirikan rumahtangga pasti mengimpikan saat indah apabila mereka disambut sebagai raja sehari.

Namun kita hanya merancang, tetapi hanya Dia yang boleh menentukan rancangan itu dapat berjalan seperti dirancang atau menjadi sebaliknya.

Situasi ini turut dilalui Muhammad Azim Azimi pada November tahun lalu yang mana dia tidak mendapat kebenaran bercuti daripada majikannya sehingga isterinya, Amirah Ahmad, 26, terpaksa bersanding seorang diri pada majlis perkahwinan mereka.

Video peristiwa menyentuh hati ini telah dikongsi oleh Muhammad Azim di TikTok yang menunjukkan seorang wanita sedang menangis di atas pelamin sambil ditemani sepasang pengantin lain.

Pemuda berusia 25 tahun yang lebih senang disapa Azim ini berkata pengantin lelaki tersebut merupakan adik lelakinya, Muhammad Azzam bersama isterinya, Haika Akma yang turut bersanding pada majlis perkahwinan yang sama.

Perkongsian tersebut telah meraih lebih 2.2 juta tontonan dan hampir 130,000 tanda suka.

“Dia cuba juga senyum tapi saya tahu dia tak kuat,

“Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya walaupun saya tiada untuk raikan bersama,” tulisnya di ruangan kapsyen.

IMG-2342

Isteri Azim, Amirah Ahmad menahan kesedihan di atas pelamin ketika bersanding tanpa suami di sisi.

Ketika dihubungi mStar Azim berkata dia sama sekali tidak menyangka apa yang direncanakan bersama isteri tidak menjadi kenyataan kerana terpaksa berada di Selangor selepas cutinya tidak diluluskan oleh majikan.

“Kami diijabkabul pada 25 Jun 2020. Selepas dua hari di Kota Bharu, Kelantan, kami pulang semula ke Selangor atas urusan kerja. Saya bekerja bahagian logistik di sebuah syarikat di Selangor. Dua bulan selepas itu isteri saya hamil.

“Sewaktu hamil, isteri saya disahkan menghidapi komplikasi diabetes. Atas saranan doktor, saya meminta isteri pulang ke Kota Bharu dan dijaga oleh keluarga kerana isteri saya tidak boleh berseorangan, bimbang kerana bila-bila sahaja dia boleh tidak sedarkan diri ketika saya bekerja,” cerita Azim.

Walaupun berat hati untuk tinggal berjauhan, Azim dan isterinya terpaksa melalui ujian ini dengan tabah.

IMG-2343

Azim pernah berpindah ke Australia sebelum pulang semula ke Malaysia dan berkahwin.

“Majlis persandingan pula dijalankan pada November 2020. Ketika itu kandungan isteri sudah memasuki tiga bulan. Kami terpaksa menginjak tarikh bersanding ke November kerana pandemik dan persiapan sudah dilakukan. Jadi majlis kahwin yang turut disekalikan bersama majlis adik lelaki saya terpaksa diteruskan walaupun saya tidak dapat hadir.

“Saya sudah meminta cuti sebulan awal untuk pulang ke Kelantan tetapi tidak diluluskan. Berkali-kali saya tanya tentang kelulusan cuti saya tetapi majikan kata bergantung kepada situasi semasa,

“Tidak lama selepas itu Perintah Kawalan Pergerakan dikeluarkan di Selangor tiga hari sebelum majlis berlangsung. Keluarga kedua belah pihak memahami situasi saya dan selepas mencapai kata sepakat, majlis tersebut tetap diteruskan. Tetapi ketika itu, hanya Tuhan saja yang tahu sedih dan kecewanya perasaan saya,” katanya.

Imbas Azim, ketika itu dia terpaksa menguatkan diri kerana bimbang dengan emosi isteri dan mahu memastikan kandungan isterinya tidak terkesan dengan apa yang berlaku.

Walaupun sedih, saya terpaksa kuat juga demi isteri saya. Sepanjang majlis itu berlangsung, kami hanya berhubung melalui video call, Alhamdulillah, isteri sangat kuat harungi ujian ini.

AZIM AZIMI

SUAMI

“Selepas kandungan isteri berusia enam bulan, saya ambil keputusan untuk berhenti kerja dan pulang ke Kota Bharu untuk menemaninya. Isteri perlu ke klinik setiap hari bagi melakukan pemeriksaan kerana penyakit yang dihidapinya agak bahaya.

“Oleh kerana komplikasi penyakit yang dihidapinya, isteri saya juga terpaksa melahirkan putera kami sewaktu kandungan berusia tujuh bulan dan anak kami terpaksa duduk di wad sehingga umurnya mencecah sebulan. Ketika itu doktor beritahu isteri ada jangkitan kuman dalam darah dan perlu ditahan di wad juga,

“Sedih tak terkata waktu itu, saya tak dapat temani isteri kerana perlu mematuhi SOP hospital dan tidak dapat melihat anak kami. Setiap hari saya dan keluarga hanya mampu beri kata-kata semangat kepada isteri melalui video call sahaja. Tapi sekarang anak saya, Ahmad Ayden sudah menginjak usia empat bulan dan semakin sihat,

“Apabila berpeluang untuk menemani isteri melalui saat getir, baru saya dapat rasa betapa besarnya pengorbanan seorang isteri untuk melahirkan zuriat kami. Anugerah yang saya kecapi ini lebih besar nilainya berbanding wang ringgit, ” ujarnya.

IMG-2346

Azim bersama isteri dan anak mereka yang berusia empat bulan.

Mengimbas detik perkenalan, Azim dan Amirah berkenalan ketika sama-sama menuntut di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara, Bachok Kelantan. Namun selepas tamat belajar, mereka terpaksa berjauhan kerana Azim perlu mengikut keluarganya berpindah ke Australia. Selepas tiga tahun, Azim berpindah semula ke Malaysia dan membuat keputusan untuk membawa hubungan mereka ke arah yang lebih serius.

“Semasa berada di Australia, saya dan isteri hanya berhubung sebentar sahaja melalui video call kerana berbeza waktu tempatan. Ketika di sana saya bekerja bersungguh-sungguh dengan azam untuk memperisterikan dia,

“Alhamdulillah, isteri saya sabar menunggu walaupun terpisah jauh. Urusan kami untuk mendirikan rumahtangga pun dipermudahkan,” cerita Azim.

Pengalaman yang dilalui Azim dan isterinya menjadikan pemuda itu amat menghargai momen mereka bersama lebih-lebih lagi apabila sudah dikurniakan cahaya mata. Kini, Azim menetap di Kelantan dan menjalankan perniagaan bakeri bersama isterinya.

“Selepas apa yang berlaku, saya belajar satu perkara, saya amat hargai pengorabanan isteri dan ibu yang melahirkan anak,

“Bukan senang mereka nak lalui perkara ini. Jadi bagi kaum lelaki di luar sana, hargailah pengorbanan isteri dan ibu anda, ” ujar Azim menutup cerita.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*