[VIDEO] Gelagat Mak Melayan Anak Cuba Meng0rat Jiran Sebelah Raih Perhatian

Hubungan yang baik di antara mak dan anak mungkin adalah sesuatu yang diidamkan oleh sesetengah orang. Macam gelagat mak dan anak ini yang m3ncuri tumpuan netizen baru-baru ini dengan telatah anak yang mencuit hati ini.

Menurut pemilik video yang juga mak kepada lelaki tersebut, anak lelakinya itu dikatakan cuba mengambil hati jirannya gara-gara telah terjatuh hati dengan anak dar4nya itu. Gelagat si ibu yang seronok melayan anaknya ini turut membuatkan ramai terhibur melihatnya.

@cheta8608Mcm2 kerenah anak aku???

♬ original sound – CheTa?Comey

Di dalam video yang dikongsikan ini, wanita tersebut telah meminta anak lelakinya itu menghantar laksa ke rumah jiran mereka. Sebaik saja mendengarnya, lelaki itu mula kelihatan teruja dan tidak sabar mahu menghantarnya.

Lebih mencuit hati, lelaki itu siap memakai kopiah sebelum menghantar makanan itu gara-gara ingin mengambil hati jirannya itu. Menurut ibunya, anak lelakinya itu sengaja mahu mengorat anak jirannya yang tinggal di rumah sebelah mereka.

lelaki

Gelagat lelaki itu yang sibuk bersiap sedia sambil memakai kopiah turut membuatkan si ibu berdekah melihatnya. Malah dia sempat berseloroh anaknya itu sebagai hipokrit gara-gara mengubah penampilannya itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat gelagat ibu dan anak ini. Ada juga yang memuji sikap sporting si ibu dalam melayan kerenah anaknya itu.

“Bestnya ada mak macam ni…”

gelagat mak

“Mak sporting.”

anak

“Ada ura-ura bau nasi minyak ni.”

komen

“Pakai kain pelekat patutnya.. lagi ngam.”

tik tok

Sumbertik tok

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*