“Saya dan isteri mohon maaf,..” Ezad Lazim tak tergamak der4 anak sendiri

DAKW4AN kononnya wujud aktiviti pende.raan terhadap anak sendiri mengundang rasa kecewa penyanyi Ezad Lazim.

Menurut Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohd Lazim, 41, perkongsian foto dan video anak bongsunya Putera Muhammad Darwish, 6, yang mengalami pend.arahan di kepala di media sosial seakan memakan diri apabila ia disalah ertikan sesetengah pihak.

Lebih mengundang rasa kurang senang apabila isterinya, Nor Azeana Ramli dihubungi polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya pada Jumaat.

211570735_924163421476035_1911733713905471693_n

Keadaan Darwish ketika menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

“Tengahari semalam (Jumaat) isteri saya dapat panggilan katanya dari IPD Putrajaya berkenaan video tular fasal anak saya berd.arah di kepala.

“Katanya mereka terima aduan kami lakukan pend.eraan kanak-kanak, mereka inginkan pengesahan daripada kami. Saya tak pasti sama ada panggilan tu betul-betul dari IPD atau pihak lain, ” katanya kepada mStar.

Kadang-kadang kami terlepas pandang perkara sebegini apabila berada di rumah.

EZAD LAZIM

PENYANYI

Pada Jumaat, penyanyi lagu Jesnita ini berkongsi foto anaknya, Darwish sedang menerima r.awatan akibat c.edera di kepala selepas dida.kwa dip.ukul kakaknya, Puteri Rania Keisha, 9, dengan penyangkut baju.

Ekoran kejadian tersebut, Darwish dikejarkan ke Hospital Putrajaya untuk menerima r.awatan dan doktor memaklumkan dia hanya mengalami luka kecil dan tidak perlu dijahit.

Susulan kekecohan itu, Ezad dan isterinya memohon maaf atas kecuaian mereka dalam memantau aktiviti anak-anak di rumah hingga berlaku kec.ederaan.

185255467_809472693303478_6471899760784279552_n

Foto Ezad bersama isteri dan dua anak mereka yang dirakam pada Aidilfitri yang lalu.

“Saya dan isteri ingin memohon maaf atas kecuaian kami menjaga anak-anak sehingga terjadi perkara seperti ini (perg.aduhan).

“Kadang-kadang kami terlepas pandang perkara sebegini apabila berada di rumah, ” ujarnya.

Bercerita lanjut tentang perkembangan kesihatan anaknya, Ezad berkata dia bersyukur apabila Darwish tidak mengalami kecederaan teruk dan berada dalam keadaan stabil.

“Syukurlah pihak hospital mengesahkan tak ada kec.ederaan yang berat, namun dia mengalami pend.arahan yang banyak kerana terkena di bahagian lembut di kepalanya. Sekarang keadaan anak saya stabil dan tidak ada apa yang serius, ” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*