
Ramai yang sedia maklum bahawa Uqasha Senrose merupakan sepupu kepada Aprena Manrose dan kecantikan kedua-dua selebriti ini sering menerima pujian ramai.
Sudahlah cantik, berlakon pun tidak kek0k sehingga Uqasha Senrose mahupun Aprena Manrose sudah berjaya menempa nama sebagai anak seni.Namun begitu,
beberapa hari lalu Uqasha Senrose menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 29 dan ramai insan disayanginya memberikan ucapan khusus buat selebriti itu di Instagram memandangkan dalam tempoh PKP ini tidak dapat berjumpa. Aprena Manrose juga antaranya!
Aprena Manrose di ruangan Instagram peribadinya memuat naik beberapa keping foto kenangan bersama sepupunya itu yang mana dapat dilihat betapa akrabnya kedua-dua selebriti itu meskipun mencebvri bidang yang sama.
Hantaran foto Aprena Manrose itu turut disertakan kapsyen yang begitu panjang dan sweet buat Uqasha Senrose yang mana dia tidak lama lagi akan menjadi isteri buat pelakon, Kamal Adli.
View this post on Instagram
Aprena Manrose juga meminta agar Kamal Adli menjaga sepupunya itu dengan baik kerana begitu ramai yang sayang akan selebriti terkenal itu.
Hantaran foto-foto Aprena Manrose dan Uqasha Senrose itu juga ternyata membuatkan peminat turut dapat melihat momen sweet antara rakan selebriti ini lalu meninggalkan pelbagai reaksi diruangan komen.
“Love korang…”
“Dengar tu Kamal, Aprena pesan tu…”
“Sweet…”
SumberAprena Manrose
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Sumber: HCL
Leave a Reply