
Kecantikan pelakon, Jang Nara sememangnya setiap tahun menjadi perhatian netizen dimana selebriti ini sudah pun mencecah usia 40 tahun.
Namun begitu, kejelitaan wajah Jang Nara ini sangat tidak padan dengan usianya sehingga netizen juga tidak percaya dia kini berusia 40 tahun malah lebih melihat pelakon hebat ini hanya berumur 20 tahun.
Mana tidaknya, Jang Nara yang banyak berlakon di televisyen dan boleh dikatakan pelakon terlaris kerana bukan calang-calang bakat lakonannya mengundang netizen dapat melihat dia berlakon sejak tahun 2002.
Jadi apabila dia memuat naik pula beberapa keping foto ini di ruangan Instagram mengundang ramai netizen tertanya-tanya usianya.
Ini kerana foto bare face Jang Nara di Instagram mencetuskan netizen tidak percaya dia sudah berusia 40 tahun kerana sangat cantik.
View this post on Instagram
Wajah bare face Jang Nara itu hangat dibualkan peminatnya di ruangan komen kerana bukan sahaja cantik dengan solekan malah tanpa solekan juga dia kelihatan awet muda.
Dalam pada masa yang sama, posting Jang Nara itu mendapat hampir seribu komen berserta 140 ribu tanda suka.
“Tolong, ini dimana letaknya umur 40 tahun…”
“Kakak Nara mari mengaku berapa tahun sekarang? Kelihatan lebih muda dari aku…”
“Umur 40 tahun dan dia tak menua sedikitpun…”
SumberJang Nara
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Sumber : HCL
Leave a Reply