Abang Courier ‘Kep1t’ Jaga Parcel Dengan Cermat, “Hahaha Menyempat”

Membeli barang menerusi dalam talian menjadi satu perkara biasa hari ini. Apatah lagi bila dunia dilanda pandemik yang tidak disangka menjadikan orang ramai mula membeli barangan dalam talian bagi mengelakkan lebih penularan berlaku.

Malah ia menjadi sesuatu yang lebih mudah tanpa perlu keluar rumah. Bagaimanapun di saat ini syarikat penghantaran menjadi antara yang paling sibuk. Sebelum ini satu video telatah abang courier yang ‘cair’ selepas menerima nota pujian telah tular.

Berat 4.1g Dengan Audio Berkualiti Tinggi? Sebab-Sebab Anda Perlu Dapatkan HUAWEI FreeBuds 4 Untuk Suasana WFH!

Biasanya barang yang mudah pecah atau rosak akan dilekatkan dengan sticker fragile untuk memaklumkan kepada pekerja. Namun baru-baru ini satu lagi video gelagat abang courier telah mencvri perhatian ramai. Dalam rakaman ini abang courier ‘kep1t’ selepas membaca nota isi bungkusan itu adalah kuih kapit.

Berikut adalah rakaman gelagat abang courier ini yang telah dikongsikan semula di TikTok dengan nama akaun @adikkerinting:

Amboi, bukan main lagi kep1t! Tapi nota bungkusan itu kuih kapit, bukannya suruh kep1t. Apa-apa pun perkongsian abang courier ‘kep1t’ ini telah meraih lebih sejuta tontonan dan 173 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai video ini di ruangan komen seperti berikut:

“Hahaha nampak sangat kotak 1 tu je dijaga rapi lepas dapat note yang belakang bertempiaran”

“Dia pulak yang kep1t”

“Kep1t bukan kep1t bang”

Sumber: Adikkerinting

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*