Penumpang ‘Tercicir’ Gigi P4lsu Dalam Tren, Perkongsian RapidKL Buatkan Netizen Terhibur

Cermin mata merupakan barangan yang penting bagi mereka yang rabun dan gigi p4lsu pula penting bagi pemakainya untuk menikmati makanan mereka. Kiranya, sukar untuk menjalani kehidupan dengan ‘smooth’ tanpa alat bantuan tersebut.

Terbaharu, penumpang tren laluan Kelana Jaya didapati tertinggal gigi p4lsu di dalam tren. Hal tersebut telah dikongsikan pihak RapidKL di Twitter milik mereka semalam.

Kepada yang tertinggal gigi palsu ketika menaiki tren 151 laluan Kelana Jaya sebentar tadi, sila hubungi kami untuk mendapatkan kembali barang anda. Terima kasih.

Kredit gambar : Kazer Ibrahim#lostandfound #rapidkl pic.twitter.com/FTroKfOi0t

— AskRapidKL (@AskRapidKL) July 7, 2021

Pemilik gigi p4lsu tersebut dicari untuk dikembalikan. Malah, perkongsian gambar gigi p4lsu tertinggal dalam tren mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen berasa terhibur.

Menjengah ke ruangan komen, ada juga netizen yang sempat berlawak mengatakan gigi p4lsu itu milik lelaki dalam filem Lagi-Lagi Senario dimana ada watak yang kehil4ngan gigi p4lsu ketika makan roti canai.

Bukan itu sahaja, para netizen turut berasa pelik bagaimana gigi p4lsu tersebut boleh tercicir dan berasa kasihan kepada pemiliknya kerana sukar untuk makan tanpa gigi p4lsu tersebut.

Rata-rata netizen berharap pemiliknya akan segera ditemui kerana ia satu keperluan kepada pemiliknya dan harga gigi p4lsu bukanlah murah. Semoga pemiliknya dijumpai dengan kadar segera.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber:https://www.thevocket.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*