“Rakyat mender1ta, politikus menjadi-jadi” Fizo Omar beng4ng?

PETALING JAYA – Di sebalik peningkatan kes postif Cov.id19, begitu juga dengan angka bvnvh diri, suhu hvru-hara dalam kerajaan dan ekonomi yang menjunam te.ruk, pelakon Fizo Omar tampil menzahirkan kekecew4an dengan corak pimpinan segelintir ahli politik dalam pentadbiran dan pengurusan negara yang disifatkannya semakin menjadi-menjadi.

Menerusi hantaran terbaharu yang dimuat naik dalam Instagram, Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar menyenaraikan kepincangan dalam negara, sekali gus merayu para pemimpin untuk bersatu hati dalam menangani kemelut rakyat yang sedang meruncing dan berjuang untuk hidup ketika ini.

“Apa nak jadi dengan negara kita Malaysia ini. Patutnya bila Allah berikan ujian untuk kita semua, waktu inilah kita bersama-sama menghadapinya dan cari jalan penyelesaian terbaik.

“Rakyat mende.rita, kalau dah ada yang sampai sanggup bvnvh diri, tiada duit nak makan, tempat tinggal, itu dah terlampau tervk. Waktu inilah kami sebagai rakyat mengharapkan kebijaksanaan para pemimpin, semua yang menabur pelbagai janji kepada rakyat sebelum ini.

“Bagaimana kita nak mendepani cabaran c0v.id ini kalau masalah dalaman negara kita tidak berkesudahan,” tulisnya kesal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by fizoomar (@fizoomar)

Pada perkongsian sama, bekas suami kepada usawahan popular, Mawar Karim itu turut memberi gambaran senario tentang apa yang berlaku masa kini.

“Sebagai anak-anak, sangat sedih bila setiap hari melihat ibu bapa berga.duh, bert3ngkar berebvt kuasa, tidak ada persefahaman, memfit.nah antara satu sama lain. Itulah diibaratkan keadaan sekarang ini.

“Diharap suara kecil saya sebagai salah seorang jutaan rakyat Malaysia didengari dan diambil peduli oleh pemimpin yang diamanahkan rakyat untuk menjaga kami semua,” rayunya.

Semalam, dalam kekalutan negara yang masih berdepan situasi pandemik C0v!.d-19 yang semakin mervncing, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melantik Datuk Seri Ismail Yaacob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Kanan Luar Negeri.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, pelantikan tersebut akan dapat membantu Perdana Menteri menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi k1isis kesihatan dan ekonomi pada masa ini.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : – K! ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*