“Anak Dah Nak Masuk 5 Pun Masih Lawa” -Hampir 20 Tahun, Ini Wajah Terkini Heroin Drama Pengako Sa’Yo!

Sebut sahaja drama Pengako Sa’yo mesti korang dah terbayang akan kecantikan heroin iaitu Kristine Hermosa dan hero kacak Jericho Rosales. Betul tak? Gandingan mantap dan keserasian kedua-dua pelakon ini sememangnya mampu membuatkan drama bersiri in cukup hit sekitar tahun 2000 yang lalu.

Kalau korang nak tahu, walaupun sudah hampir 20 tahun berlalu namun kecantikan dan kejelitaan Kristine Hermosa masih maintain tau! Wajahnya langsung tak mamah di usia, memang lawa weh!

Latar belakang Kristine Hermosa

Pemilik nama Kristine Hermosa ini dilahirkan pada 9 September 1983 dan pada tahun ini, Kristine bakal mencecah usia 38 tahun. Untuk pengetahuan, pelakon cantik jelita ini merupakan anak kedua daripada empat adik-beradik. Kristine berketurunan Sepanyol-Filipina. Ibunya, Maria Alma Hermosa berketurunan Sepanyol manakala bapanya, Maximilian Orille warganegara Filipina.

Kristine mula menceburi bidang lakonan ketika usianya baru mencecah 12 tahun. Sejak daripada itu, bakat lakonan Kristine semakin dikenali ramai sehinggalah dia menjadi seorang pelakon yang sangat terkenal. Kristine bukan sahaja terkenal di Filipina malah di kebanyakan negara Asia termasuklah Malaysia.

Cantiknya…

Pada 21 September 2004, Kristine Hermosa telah melangsungkan perkahwinan bersama pelakon terkenal, Dietcher Ocampo tetapi rumah tangga mereka tidak kekal lama. Pada 30 Januari 2009, pasangan ini membuat keputusan untuk bercerai dan membawa haluan masing-masing. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Berkahwin dengan pelakon, Oyo Sotto

Dua tahun kemudian iaitu pada 11 Januari 2011, Kristine sekali lagi mendirikan rumah tangga bersama seorang pelakon kacak iaitu Oyo Sotto. Mereka juga dikenali sebagai pasangan yang cukup romantis.

Kristine dan anak-anak

Kristine dan Oyo dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Kristian Daniel Sotto, Ondrea Bliss Sotto, Marvic Valentin Sotto II dan Kaleb Hanns Sotto. Untuk pengetahuan korang, pasangan ini juga bakal menimang cahaya mata kelima mereka tidak lama lagi.

Kristian Daniel Sotto atau lebih dikenali dengan panggilan Kiel merupakan anak angkat Kristine. Meskipun begitu, Kristine dan Oyo tidak pernah membeza-bezakan kesemua anak-anaknya dan kasih sayang yang diberikan tidak berbelah bahagi. Malah Kiel yang juga merupakan anak sulung dalam keluarga telah dianggap sebagai anak kandung sendiri.

Hamil anak kelima

Sweetnya!

Bahagia bersama keluarga

 

Sumber: Kristine HermosaOyo Sotto

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : obulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*