Tunjuk Bukti Video Bahawa Vaks1n Yang Dia Terima Rupanya ‘Isi Angin’ Saja. Dia Pergi Semula Jumpa Doktor Dan Ini Yang Berlaku

Seorang individu terkejut apabila mendakwa menerima svntikan vaksin jenis Pfizer ‘kosong’ ketika mendapatkan svntikan di Hospital Banting, dekat sini semalam.

VIDEO BERADA DI BAWAH ARTIKEL

Menurut laporan polis yang tular di laman media sosial, individu berkenaan mend4kwa dia menerima suntikan itu pukul 11.30 pagi dan turut membuat rakaman video sepanjang proses berkenaan.

Katanya, sebaik selesai, dia menonton kembali rakaman video berkenaan dan mendapati pihak berkenaan tidak menekan jarvm untuk memasukkan v4ksin ke dalam badan.

“Saya melihat semula video yang dirakam di telefon bimbit dan mengetahui bahawa svntikan itu adalah kosong iaitu yang tidak mempunyai apa-apa v4ksin,” katanya.

Bagi mendapatkan kepastian, individu berkenaan pergi semula kepada pihak terbabit dan bertanyakan lebih lanjut sambil menunjukkan rakaman video berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, mereka mend4kwa telah memberikan svntikan v4ksin membuatkan dia kemudian mendapatkan pandangan kedua daripada rakannya yang bekerja sebagai doktor.

“Saya kembali semula kepada pihak berkenaan dan memberitahu bahawa svntkan yang diberikan adalah kosong.

“Selepas itu mereka memarahi saya kerana merakam video tersebut lalu memberikan svntikan sekali lagi dan meminta saya memadamkan video berkenaan sebelum menerima v4ksin,” ujarnya.

Video berdurasi 17 saat itu tular di media sosial menggunakan nama Simon Ng sejak semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Salleh ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan pihaknya.

VIDEO:

Sumber : Kosmo Online

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: http://www.awatttsyeikhh.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*