Ketika PM Muhyiiddin Masih Berada Di Hospital, Dia Umum Satu Berita Baik

Selepas Perlis, Perak, Pahang, Terengganu dan Kelantan beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai semalam, terdapat beberapa buah negeri lagi yang menunjukkan perkembangan positif untuk mencapai tiga indikator ambang utama dalam waktu terdekat.

Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi kemas kini di akaun Facebook milik beliau pada Isnin.Dalam entri yang sama, Perdana Menteri turut menzahirkan rasa syukur apabila lima buah negeri telahpun beralih ke Fasa 2 PPN.

“Beberapa Negeri Lagi Berpotensi Beralih Ke Fasa 2 PPN” – Perdana Menteri

“Alhamdulillah, selain lima (5) buah negeri yang telah pun beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), terdapat beberapa buah negeri lagi yang menunjukkan perkembangan yang amat baik dan berpotensi untuk mencapai ketiga-tiga indikator nilai ambang utama dalam waktu terdekat,” kata beliau.

Dalam pada itu, Perdana Menteri juga berharap agar situasi pandemik di Malaysia dapat terus dikawal dengan penv4ksinan berterusan kepada lebih ramai rakyat dalam masa terdekat.

“Saya berharap situasi p4ndemik di negara kita dapat terus dikawal dan lebih ramai rakyat dapat div4ksin dalam masa terdekat dengan penerimaan bekalan v4ksin yang lebih banyak pada bulan ini.

“Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sukarelawan badan-badan amal, parti-parti politik, pihak swasta dan orang ramai yang tampil menghulur bantuan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan pada masa ini di samping bantuan-bantuan disampaikan oleh pihak kerajaan.

Semoga amal jariah anda semua diberikan ganjaran oleh Allah SWT,” katanya lagi.

Tiga indikator nilai ambang yang ditentukan dalam peralihan ke Fasa 2 PPN adalah kes harian C0V!D.19 di bawah 4000, peningkatan kapasiti unit rawatan rapi (ICU) serta liputan v4ksinasi dua dos meliputi 10 peratus daripada populasi.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : GEMPAK Via EESOHOR

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*