“Saya Dh Buat Yg Terbaik. Sy Tak Pernah Bergaduh Dgn Dia Kerana Perempuan Lain” – Jalaluddin Hassan

Sebut sahaja ayat “Anda pasti” dan “Jawapan Muktamad?”, pasti orang akan terkenang dengan ‘Who Wants to Be a Millionaire?’, sebuah rancangan yang pernah popular sekitar 2000an.

Tampil menjadi hos bagi rancangan tersebut, Datuk Jalaluddin Hassan telah membuktikan bakatnya bukan sekadar dalam bidang lakonan, tetapi juga bidang pengacaraan.

Nama Jalaluddin mula dikenali selepas pertama kali membintangi filem bertajuk Panggilan Pulau pada tahun 1994.

Jalaluddin terkenal sebagai seorang pelakon veteran yang mampu membawa kelainan apabila membawakan watak lelaki berusia tetapi romantik.

Kehidupan peribadi dan kerjaya adik kepada Musa Hassan, bekas Ketua Polis Negara ini penuh warna warni.

Pernah melalui kehiIangan isteri tersayang, Datin Hashimah Mad Ehsan pada tahun 2016 sebelum berkahwin semula setahun kemudian, ada kisah pilu yang dipendamkan selama ini oleh beliau mengenai arwh isterinya itu.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Zayan, luahan Jalaluddin ketika ditanya apa yang ingin disampaikan kepada arwh sekiranya dia masih ada, ternyata mengundang rasa hiiba ramai netizen.

” Tiap-tiap hari saya minta maaf dengan dia..

” Saya ni garang dekat rumah saya garang sebab saya nak yang terbaik. Saya tak suka isteri saya membawang..perempuan kadang-kadang suka bercakap.

” Saya suka isteri saya jaga mulut, saya suka bila bercakap dengan saya dengan begitu hormat..

” Saya mendidik dia dengan cara begitu, walaupun kadang-kadang saya garang di rumah.

” Saya bergadvh dengan dia pun kerana anak sebenarnya.

Tidak pernah bergadvh kerana perempuan lain

” Saya tak pernah bergadvh dengan dia kerana perempuan lain kerana dengan siapa saya berkawan saya tak pernah rahsiakan pada dia.. dia tahu semua..” kata beliau.

” Tapi alangkah baiknya kalau kita sebagai seorang suami, kita dapat jaga hati isteri dan tak melukakan hati dia..buat dia gembira selalu.

” Kalau dia ada lagi, itu yang saya akan lakukan..walaupun saya dah tunaikan sebelum dia pergi..tapi iyalah dah sampai aj4I dia, saya terpaksa redha..

” Saya nak buat yang terbaik pun saya tak mampu enam puluh lebih dah, nak bisnes tak pandai nak bagi anak lebih pada itu tak pandai..

” Saya buat sebaik mungkin untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak” katanya.

Malah, sepanjang perkahwinan mereka selama 40 tahun, dia tidak pernah bergad0h dengan arwh isterinya kerana orang ketiga.

Jalaluddin sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Datin Hashimah Mad Ehsan (gambar) selama 40 tahun sebelum arwh meninggI dnia pada 5 November 2016 akibat kmplikasi pelbagai pnyakit termasuklah kncing mnis dan paru2 berair.

Hasil perkahwinan dengan Datin Hashimah Haji Aksan pada 1977, beliau dikurniakan 8 anak dan 14 cucu.

Selepas lama menduda,dengan sekali lafaz, pelakon veteran Datuk Jalaluddin Hassan bergelar suami kepada Rapidah Abd Ghani, 44.

Pasangan itu disatukan sebagai suami isteri pada pukul 10.55 pagi dalam majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Bandar Tun Hussien Onn, Kuala Lumpur.

Jalaluddin memberikan pesanan kepada semua lelaki yang bergelar suami di luar sana, tonton video penuh yang menyentuh hati ini seperti di bawah. Sebak.

Jalaluddin Hassan terj4tuh di set penggambaran

Terdahulu Pelakon Datuk Jalaluddin Hassan cede.ra di kaki kanan akibat terjatuh ketika menuruni anak tangga di lokasi penggambaran drama Jalan Sesat Ke Syura di Cyberjaya, malam tadi.

Jalaluddin berkata, dia tidak mengalami kecederaan serius biarpun kaki kanannya membengkak.

“Ramai yang menyangka saya terjatuh kerana masalah jantung atau tekanan darah tinggi. Kesihatan saya baik cuma saya silap langkah.

“Ketika kejadian, saya mahu turun tangga menunaikan solat Maghrib. Keadaan gelap menyebabkan saya terj.atuh dan kaki saya terlipat.

“Saya cuba bangun tapi tak boleh bergerak. Selepas menjerit meminta tolong, barulah kru produksi yang terdengar jeritan saya, datang menghulur bantuan,” katanya kepada BH Online.

Jalaluddin berkata, kru produksi mahu membawanya ke hospital tetapi dirinya enggan.

“Selepas dirawat anggota paramedik, saya disuruh berehat di rumah. Alhamdulillah, keadaan saya stabil cuma kaki sebelah kanan bengkak dan berdenyut-denyut,” katanya.

Ternyata semangat juang pelakon berusia 66 tahun ini masih utuh. Biarpun sakit, Jalaluddin masih mahu menyelesaikan tanggungjawabnya di set penggambaran.

“Selepas mendapat rawatan, saya terus meminta produksi menyambung penggambaran. Namun, mereka menolak dan menyuruh saya pulang berehat.

“Ketika mereka menghubungi saya bertanya khabar, sebentar tadi, saya sekali lagi menyuarakan hasrat untuk kembali ke lokasi.

“Selagi ada kudrat, saya tak kisah meneruskan kerja. Saya tak mahu ganggu jadual artis lain jika saya asyik tangguhkan penggambaran… Saya tak mahu menyusahkan sesiapa,” luah pelakon berkarakter ini.

Berita mengenai kemalangan kecil itu turut dikongsi pelakon drama terbabitm Siti Elizad Mohamad Shahrifuddin menerusi Instagram (IG) Story memaklumkan Jalaluddin jatuh tangga ketika penggambaran.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : tambahkeju via Siakap Keli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*