Jumaat, tanggal 12 Februari, pelakon dan pengacara cantik manis, Scha Alyahya sudah pun selamat melahirkan bayi keduanya di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur.
Sejurus memaklumkan berita gembira itu kepada seluruh pengikutnya di instagram, Scha dihujani dengan pelbagai ucapan tahniah atas kelahiran bayi perempuan keduanya itu.
Hasil tinjauan , hantaran yang dimuat naik Scha mengenai kelahiran bayi keduanya itu menerima lebih 5 ribu komen yang mengucapkan tahniah atas kelahiran itu. Malah menerima lebih 306 tanda suka daripada seluruh pengikutnya di Instagram.
Semalam menerusi Instagram, Scha tampil berkongsi gambar suami kesayangannya, Awal Ashaari yang setia menemaninya malah menjadi orang kuat menyokongnya saat menanti detik mencabar di h0sp1tal.
Kapsyen ringkas dari Scha namun cukup bermakna bagi menggambarkan betapa dia menghargai jasa yang dilakukan suaminya.
“Real heroes dont wear capes, they wear blankets.
“Thank you Daddy, we love you,” tulis Scha ringkas tapi cukup bermakna.
View this post on Instagram
Perkongsian Scha dengan sekeping gambar Awal memangku bayi mereka itu mendapat pelbagai reaksi dari seluruh rakan selebriti juga peminat Scha.
Bukan itu sahaja malah Scha turut berkongsi video pendek Awal yang tidur di kerusi dengan hanya memakai selimut.
Lebih menarik lagi, Scha sempat mengusik ayah kepada dua cahaya mata itu di Instastorynya. Seronok melihat gelagat Awal di bilik khasnya, di h0sp1tal ketika menemani Scha.
“Cukup tidur tak?
“Sebab mommy tak kac4u awak,” kongsi Scha.
“Mommy pulak bagus lah this time around, mommy boleh buat semua sendiri,” kata Awal berselor0h.
Awal dan Scha selamat bernikah pada 4 Mei 2012 dan mereka dikurniakan anak pertama, Lara Alana yang kini berusia tujuh tahun.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Sumber : Pa&Ma
Leave a Reply