Pejabat Mufti WP Bid4s Kenyataan Instaf4mous ‘Rezeki Suami Datang Dari Redha Isteri’

Sebelum ini, viral video mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang instaf4mous berhubung ‘rezeki suami datang dari redha isteri’. Kenyataan dari instafamous itu bagaimanapun telah mendapat pandangan dari pelbagai pihak termasuk Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyarankan agar mana-mana individu untuk mendapatkan rujukan daripada yang lebih arif sebelum mengeluarkan kenyataan umum.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tampil menjelaskan kenyataan tersebut dan menyifatkan ucapan perlu diperjelaskan kerana tanpa penjelasan lanjut akan menyebabkan sal4h faham.

Ucapan rezeki suami atau lelaki datang dari redha isteri boleh membawa s4lah faham jika tidak diperjelaskan dengan betul. Dari satu sudut, tidak dapat din4fikan bahawa pertambahan rezeki seseorang itu juga bergantung kepada hubungannya sesama manusia khususnya ahli keluarga.

Berlaku baik dengan ahli keluarga termasuk juga isteri adalah antara sebab rezeki diluaskan oleh Allah SWT. Ini yang disebutkan sebagai sebab dan musabbab. Ia juga sebagai satu motivasi agar para suami tidak mengambil ringan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Selain itu, terdapat banyak cara untuk menambahkan rezeki lain termasuk beristighfar dan bersedekah. Biarpun rezeki suami tidak terletak pada redha isteri secara langsung, ia berkaita rapat dengan aspek menjaga hubungan silaturrahim sesama ahli keluarga.

Adapun rezeki suami atau lelaki bukanlah terletak pada redha isteri atau wanita secara langsung, namun ia berkait rapat dengan aspek menjaga silaturrahim dengan ahli keluarga atau ketaatan kepada ibu dalam perkara yang dibenarkan oleh syarak sebagai antara asbab keberkatan dan punca turunnya rezeki daripada Allah SWT seperti mana yang disebut di dalam hadith yang sahih.

 

 

 

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, oh bulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*