Seorang Ibu Tunggal Terkedu Bila Ebit Lew Datang Jumpa Depan2. Siap Hadiahkn Myvi Sebijik Dan Ini Puncanya

” Masa sampai tadi kakak ini menangis.”

Itu perkongsian terbaru pendakwah terkenal, Ebit Lew di Instagram beliau yang sekali lagi mencuri perhatian ramai.

Selepas menyalurkan pelbagai bentuk sumbangan kepada golongan memerlukan, Ebit Lew kali ini tampil dengan memberi bantuan yang agak luar biassa.

Keprihatinan beliau mendapat perhatian apabila menghadiahkan kereta jenis Perodua Myvi, komputer tablet dan duit belanja kepada ibu tunggal, Koh Kim Keok di Kota Bharu sempena Tahun Baru Cina.

Dalam satu hantaran di laman Facebook beliau, Ebit berkata, dia juga akan membayar rumah sewa wanita itu setiap bulan.

Menurut beliau, dia menghadiahkan Perodua Myvi itu selepas wanita tersebut mengadu tidak mempunyai kenderaan untuk hantar anak ke sekolah.

” Ziarah ibu tunggal chinese Koh Kim Keok di Kota Bharu, saya hadiahkan kereta Myvi dan Tab serta sedikit duit belanja dan akan bayarkan sewa rumah setiap bulan. Gong Xi Fa Chai.

” Saya mendapat maklumat keluarga ini susah dan sudah lama tidak menyertai makan besar dan tiada sambutan Tahun Baru Cina.

” Walaupun berketurunan Cina, tapi dia kenal saya. Dia selalu berdoa hendak berjumpa ustaz. Hari ini tiba-tiba (saya) ada depan mata,” katanya menerusi hantaran itu.

Wanita itu membesarkan anak yang ramai seorang diri selepas kem4tian suaminya dengan bekerja di sebuah kedai kopi.

” Anak perempuannya berhenti belajar kejururawatan kerana tiada duit untuk membayar yuran RM800 dan bekerja untuk membantu keluarga.

” Saya cadangkan (nak Kim Keok) untuk sambung belajar semula. Kami akan tanggung yuran jika belajar semula.

” Tiada kenderaan untuk hantar anak sekolah. Dulu ada kereta lama dah jual besi buruk. Saya terus ajak beli kereta. Terus dapat tadi. Kereta Myvi. Menangis kakak gembira sangat.

” Terima kasih JKM ada beri duit bulanan. Terima kasih Yb dan Menteri. Terima kasih zakat. Terima kasih Penghulu dan ketua kampung. Terima kasih jiran dan masyarakat setempat. Terima kasih NGO tempatan.

” Terima kasih Media yang maklumkan pada saya. Terima kasih semua-ebitlew

” Semoga menjadi asbab kebaikan. Happy Chinese New Year. Selamat makan besar semua” akhiri Ebit Lew.

Reaksi warganet

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan rasa terharu dan terima kasih kepada Ebit Lew di atas bantuan yang sangat bermakna kepada keluarga Koh Kim Keok.

Malah ramai yang tidak menyangka Ebit Lew sanggup memberi sumbangan sebuah kereta yang pastinya berharga mungkin lebih kurang RM20 ribu ringgit, jika diambil kira harga pasaran bagi sebuah kereta Myvi terpakai.

” Allahuakbar . Ya Allah , semoga lindungi ustaz dan semua jentera yang sama-sama turun padang dalam membantu ramai lagi rakyat yang memerlukan. Kami sayang ustaz.” tulis Ekuds

” Pemurah sangat ustaz ni, semoga ustaz dilimpahkan rezeki meluas supaya boleh tolong lagi ramai orang,” tulis Nuyin

Sumber:k0smo dan IG Ebit Lew

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*