Anak Zahid Hamidi, Datuk Nurul Dedahkan Dia Pernah Jalani Pembed4han Pintasan Perut, Beliau Beritahu Sebab Dia Buat Dan Pengalamannya

ANAK kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi iaitu Datuk Nurul Hidayah mendedahkan sebelum ini beliau pernah mengalami masalah berat badan mencecah 100 kilogram (kg).

Berikutan situasi sedemikian, Nurul Hidayah mengambil keputusan menjalani pembed4han bariatrik (pintasan perut) atau istilah popular dalam kalangan masyarakat ‘ptong usus’ kira-kira 11 tahun lalu demi kesihatan.

“Sejujurnya, saya mengaku kepada orang ramai bahawa melakukan prosedur kecilkan kantung perut.

“Saya menjalani pembed4han bariatrik Sleeve Gastrectomy (kategori gastrektomi lengan),” jelasnya menerusi laman sosial Instagram @nurul.zahid baru-baru ini.

Cerita lanjut, Nurul Zahid menyatakan hasil prosedur berkenaan berat badannya yang mencecah 100kg sebelum ini berjaya diturunkan hingga 58kg dalam tempoh setahun setengah.

“Saya tak tipu, malah turut memberi cadangan kepada individu yang obesiti untuk buat (bariatrik). Tak mahal pun sebab pada 11 tahun lalu kos prosedur sebanyak RM15,000. Sekarang dah mahal, tetapi berbaloi. Saya makan sedikit saja kerana perut tak boleh terima makanan dalam kuantiti yang banyak,” ujarnya lagi.

Perkongsian jujur Nurul Zahid mengenai pengalaman melakukan bariatrik pendapat respon positif daripada warga maya. Majoriti teruja bertanya lebih lanjut pro dan kontra mengenai prosedur terbabit.

Antaranya, ada followers yang memikirkan kesan pada kulit badan selepas menjalani prosedur bariatrik sama ada ia akan mengelebeh ataupun tidak.

“Soalan yang bagus. Ia bergantung kerana kalau gemvk jawapannya, ya. Cuma lepas tiga bulan kena rajin bersenam.

“Lakukan facial urut muka. Kalau malas bersenam pergi menjalani urutan badan dua kali seminggu bagi mengelakkan kulit kendur,” tulisnya.

Sementara itu, menerusi ruangan IG Stories pula beliau menjawab pertanyaan daripada warga maya yang bertanyakan tentang selera makan selepas pembed4han.

“Selepas menjalani pembed4han selera makan tak menurun kerana keinginan untuk menikmati makanan itu sentiasa ada.

“Memang saya stres sebab apabila makan akan munt4h. Saya mengambil masa selama setahun untuk membiasakan diri dengan situasi ini. Jadi saya makan dalam kuantiti yang sedikit,” jawab beliau yang memiliki ketinggian 167 sentimeter.

Dalam pada itu, Nurul Zahid juga menasihatkan individu supaya positif dan jangan malu berterus-terang apabila menjalani pembed4han bariatrik.

Di samping, beliau menyarankan agar jangan sesekali men1ipu bahawa kejayaan kurus itu kerana bersenam, berdiet atau makan produk kurus jenama sendiri.

“Pendapat saya berlaku jujur dan jangan malu kongsi perkara baik. Nak malu apa potng usus atau kecilkan perut?

“Bukan untuk kecantikan pun kerana ia untuk kesihatan. Kalau memang cantik gemuk 200kg pun cantik lagi. Tapi, dengan prosedur macam saya beritahu tadi (bariatrik) adalah lebih cepat dan lebih sihat,” katanya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

SUMBER:SINAR+

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*