Kecoh Netizen Syak Mira Filzah Hamiil, Sekali Persoalan Terjawab Bila Tuan Badan Buka Mulut

PELBAGAI andaian dibuat peminat Mira Filzah selepas pelakon itu memuat naik foto terbaharunya di laman Instagram pada Selasa.

Menerusi posting itu, Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 28, berisi dan seakan-akan ‘baby bump’ menandakan kemungkinan besar aktres itu kini sedang h4mil.

Enggan membiarkan peminat terus membuat spekulasi, Mira kemudiannya membalas komen seorang netizen dengan memberitahu perutnya buncit.

“Saya buncitlah,” jawabnya ringkas di laman Instagram.

Mira Filzah menjawab pertanyaan peminat di Instagram.

Foto yang dikongsikan Mira itu menarik perhatian peminat apabila setakat ini ia telah menerima sebanyak lebih 223,000 tanda suka.

Menerusi foto tersebut, Mira menggayakan persalinan baju satin berwarna biru lembut.

Mira mendirikan rumah tangga dengan seorang arkitek, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 31, pada 3 September tahun lalu di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Emir merupakan anak sulung kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Mastura Mohd Yazid.

Majlis persandingan pelakon Sweet Dreams ini disifatkan sebagai Wedding of the Year tahun lalu apabila pelakon pujaan ramai ini mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujangnya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*