Sebentar tadi, menerusi hantaran di laman Instagram nya pelakon dan usahawan Zarina Anjoulie mengejutkan peminat apabila dia menda.kwa sudah berce.rai.
Berterima Kasih Kepada Suami
Dalam hantarannya itu, Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul, menyifatkan hari ini adalah hari yang terbaik dalam hidupnya. Selain memanjatkan rasa syukur, Zarina turut berterima kasih kepada suaminya yang dikenali sebagai Yas. Menguatkan lagi spekulasi berkenaan, undangan media kepada pihak sumber mengenai pelancaran Zarina sebagai duta juga telah ditunda ke sebuah tarikh kelak.
“Alhamdulillah yeay.Aku dah cerai best day of my life..Alhamdulillah terima kasih Yas” tulisnya
Menerusi carian sumber terkini mendapati, pelakon yang terkenal menerusi drama Anak Pontianak ini telah pun menyahaktifkan ruangan komen dalam posting tersebut.
Sebagai info, Zarina berkahwin dengan Eiylas Azhar sekitar awal Julai 2020 selepas empat tahun bergelar ibu tunggal. Menerusi perkahwinan terdahulu bersama seorang jejaka berasal dari Brunei pada tahun 2015, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Awangku Gabriel Martin Ezra.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Sumber: murai
Leave a Reply