Besarnya! Intip Kediaman DSV Yang Serba Mewah

(Skrol ke bawah untuk menonton video)

Seperti yang ramai sedia maklum, kediaman yang dimiliki oleh jutawan kosmetik terkenal, Dato Seri Vida (DSV) sememangnya serba mewah. Malah dikhabarkan DSV atau nama sebenarnya Dato Seri Dr. Hasmiza binti Othman mempunyai beberapa buah rumah lain termasuklah sudah membelikan sebuah rumah buat setiap anak-anaknya, Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin yang mesra disapa sebagai Cik B,16 dan Muhammad Eric Zaquan (Kacak).

Cik B Buat ‘House Tour’ 

Terbaru, menerusi laman Insta-story anak perempuan DSV yang juga penyanyi dan pelakon, Cik B berkongsi beberapa sudut halaman rumahnya yang cukup luas dan mewah sehingga menjadi bualan warganet di media sosial.

Di ruangan parkir kereta, terdapat sebuah laman besar yang boleh memuatkan beberapa buah kereta di dalamnya. Di aras yang sama, difahamkan terdapat sebuah kolam renang buat keluarga ini untuk beriadah.

Ruang Solat Dekorasi Timur Tengah 

Dekorasi Timur Tengah menjadi pilihan dekorasi DSV sebagai tema di ruangan solat di sebuah sudut rumah. Dalam video yang dimuatnaik, kelihatan ahli keluarganya sedang bersiap untuk menunaikan solat sebaik sahaja habis daripada mengaji. Malah Cik B sempat berkongsi ruang utama rumah mereka yang tersergam indah berwarna ‘Chrome’ serta terdapat sebuah ‘chandelier’ di bahagian siling melengkapi seri rumah.

Pada bahagian bumbung juga, terdapat kepingan jubin lutsinar sebagai alternatif pencahayaan yang kini banyak digunapakai di kebanyakan rumah. Lebih menarik, di kamar mandi yang cukup besar terdapat sebuah permaidani mewah terhampar di tengah ruang selain dilengkapi dengan tub mandi, dan beberapa hiasan mewah!

Dilengkapi Gimnasium

Sebagai penutup ‘house tour’ yang dibuat oleh Cik B, tidak lengkap sekiranya rumah ini tidak dilengkapi sebuah mini gimnasium untuk keluarga ini melakukan pelbagai aktiviti kecergasan.

Tidak hairanlah ramai yang kagum dengan kediaman mewah ini, kerana hampir segala-galanya eksklusif dan menarik apatah lagi latar belakang DSV sendiri sudah cukup dikenali sebagai usahawan yang berjaya.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: murai

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*