Dah Sebulan Keluar Hospital, Isteri Baru Perasan Suami Selit RM15,000 Dalam Beg Tangan Untuk Order Makanan

SUAMI mana yang tak sayang bini kan?

Begitulah kisah seorang isteri yang begitu bertuah sebaik membuka beg tangannya yang disimpan di dalam stor pakaian di rumah.

“Hari ni saja ambil nak pakai, buka-buka penuh ubat hospital hari tu, kira sampahlah.

“Macam mal4s nak kemas, nak simpan balik. Masa nak simpan tu, buka zip… tu dia, duit!” tulis seorang isteri di laman Facebook miliknya.

Kak Gee menikmati makanan di w4d.

Bercakap kepada mStar, wanita berusia 38 tahun itu berkata, beg tangan tersebut kali terakhir digunakan ketika dia dimasukkan ke hospital di Kota Damansara, Selangor pada Disember tahun lalu bagi menjalani pemb3dahan batu karang hempedu.

Hanya mahu dikenali sebagai Kak Gee, dia memberitahu bahawa sepanjang terlantar di w4d selama kira-kira seminggu itu, pengambilan makanannya dijaga oleh pihak hospital.

“Bila dah sak1t dan menjalani pembedahan, sudah tentu ada pantang bila nak makan di hospital. Tapi itulah hari-hari makan yang sihat pun jadi tak berapa selera juga.

“Mujur ada suami yang menghabiskan banyak masa menemani saya di hospital, ada juga selera makan sebab ada orang ambil berat bila kita sak1t,” katanya ketika dihubungi.

Kak Gee berkata, suaminya yang merupakan ahli perniagaan itu hanya akan meningg4lkan hospital sekiranya mempunyai urusan penting dan hal berkaitan anak-anak di rumah.

Antara hidangan yang dipesan Kak Gee bersama suami.

Memandangkan makanan yang disediakan oleh pihak hospital terhad untuk pes4kit sahaja, ibu kepada lima anak itu menjelaskan bahawa suaminya akan menggunakan khidmat penghantaran makanan sepanjang keberadaannya di w4d.

“Bila suami buat order untuk penghantaran makanan ke hospital, saya pun join sekali. Sekali-sekala nak juga rasa makanan ikut selera sendiri.

“Ada satu masa, suami ingatkan yang dia ada tinggalkan duit dalam beg tangan saya kalau saya nak buat order bila-bila teringin.

“Tapi bila dia tiada di w4d, saya pula gunakan peluang untuk berehat dan tidur. Jadi, saya pun ingat-ingat lupa pasal duit yang dia bagi tu,” ujarnya yang menetap di Shah Alam.

Saya isteri bertuah bukan semata-mata kerana duit berkepuk tu, tapi sebab suami mengambil berat tentang diri saya, menjaga saya sepanjang berada di hospital.

KAK GEE

Menurut usahawan itu, beg tangan tersebut disimpan di stor pakaian sebaik dia dibenarkan discaj dari hospital sehinggalah dia memeriksa stor, baru-baru ini.

“Mula-mula saya tertanya bila pula saya letak duit banyak dalam beg ni. Rupa-rupanya teringat suami ada kata dia tingg4lkan duit untuk GrabFood ke Foodpanda masa kat hospital.

“Bila saya periksa, saya terkejut sebab rupa-rupanya duit berkepuk berjumlah RM15,000 suami tingg4lkan untuk saya.

“Dan duit tu langsung saya tak usik sebab bila suami ada di w4d, dia pesan makanan guna duit dia,” katanya.

Katil di w4d semasa Kak Gee menjalani rawatan di hospital.

Kak Gee berkata, dia pernah bertanyakan suami mengenai duit sebanyak itu yang disimpan dalam beg tangannya semasa berada di hospital.

“Bila saya tanya suami, dia tanya saya balik duit apa tu? Biarlah kata suami. Dia betul-betul tak ingat yang dia ada bagi RM15,000 untuk saya order makanan.

“Sebagai isteri, sudah tentu saya amat bersyukur bila dapat suami yang tak berkira macam ni. Mudah-mudahan murah rezeki suami dan bisnes dia maju.

“Saya isteri bertuah bukan semata-mata kerana duit berkepuk tu, tapi sebab suami mengambil berat tentang diri saya, menjaga saya sepanjang berada di hospital,” katanya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*