Sedang hangat diperkatakan mengenai kontroversi pelawak, Shuk Sahar, bekas isteri pendakwah bebas, Da’i Farhan iaitu Dr Erin meluahkan rasa kec3wa apabila bekas suaminya itu dijadikan bahan jenaka dengan isu tersebut.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd. Radzi menyifatkan individu yang menyenaraikan bekas suaminya antara lelaki cur4ng adalah tindakan tidak wajar.
Erin berkata tindakannya mempertahankan bekas suaminya bukan kerana masih cinta tetapi kerana situasi berbeza dimana Da’i Farhan tidak berlaku cur4ng.
“Bukan nak backup sebab masih cinta ke sayang ke tapi sebagai seorang manusia yang ada hati belas kasihan, saya tak sampai hati betul tengok.
“Baik burvk semua campur hent4m semua sekali. Bergurau dengan menj4tuhkan maruah orang di media sosial secara berjemaah dengan video-video bodoh ni.
“Yang buat video tulis ciri-ciri lelaki cur4ng tu pergi letak muka ustaz Farhan. Dia tak curang pun. Situasi Shuk dengan situasi Farhan tu tak sama langsung,” tulisnya.
Kata Erin lagi, bekas suaminya itu tidak pernah curang dengan isterinya serta menyifatkan Farhan seorang suami yang bertanggungjawab dan adil meskipun ketika bermadu.
“Farhan tak pernah curang dengan isteri dia sampai pergi lepak rumah skandal sampai bini kena melilau tengah malam cari laki. Farhan tu adil sangat sebagai seorang suami dan ayah.
“Selama dia berpoligami dia tak pernah abaikan tanggungjawab dia kepada pihak sana dan anak-anak dia,” katanya.
Erin berkata lagi, meskipun video yang dibuat oleh netizen itu hanya gurauan namun ia boleh memberi kesan mendalam terhadap keluarga dan anak-anaknya.
“Yang setia tu sebab tak diuji macam tu, jangan pula sebab korang dok puji-puji sangat yang setia tu menjadi asbab Allah bagi ujian curang pula pada yang setia tu,” katanya.
Terdahulu, nama Da’i Farhan menjadi bualan ramai apabila berkahwin di Tanah Suci Makkah dengan Erin yang merupakan ibu tunggal yang memiliki lapan orang anak, namun pasangan itu bercer4i pada April tahun lalu.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Sumber : Rotikaya
Leave a Reply