Selepas Tular Dikatakan Ada Surat Minta Buat PKP 3.0, Akhirnya Pihak Berwajib Ini Tampil Jelaskan Segalanya

PUTRAJAYA: Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah (EU)-Malaysia (EuroCham Malaysia) menaflkan ada perbincangan dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri berhubung pelaksanaan Perlntah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh menjelang 4 Februari ini.

Penjelasan itu dibuat selepas satu surat dalaman kepada ahlinya ters.ebar berhubung tlndakan kerajaan untuk menutup hampir kesemua aktiviti ekonomi sekiranya kess penu.laran C0.vid-19 g.agal dikawal.

EuroCham dalam kenyataan berkata, intipati perbincangan tidak rasmi dengan kementerian itu bertujuan meningkatkan kesedaran tentang bagaimana komuniti perniagaan dapat memainkan peranan dalam melandaikan keluk jangkltan C0.vid 19 dan kesan ekonomi yang boleh berlaku sekiranya masing-masing tidak memainkan peranan aktif.

“Dalam konteks ini, keadaan tempat tinggal pekerja telah disebut berkali-kali dalam pekeliling dalaman sebagai tindakan penting dalam memutuskan rantaian jangkltan w.abak itu.

“Walaupun Kementerian membangkitkan situasi gentlng ketika ini dengan kess positif semakin meningkat, namun PKP penuh itu tidak disebut dalam perbincangan itu selepas 4 Februari ini, justeru orang ramai diminta memberi fokus kepada peranan masing-masing bagi memastikan pelaksaan PKP semula dapat dielakkan,” katanya hari ini.

Dalam surat yang tersebar itu, EuroCham Malaysia memaklumkan cadangan pelaksanaan PKP penuh itu diberitahu kepada pihaknya menerusi satu pertemuan pada 22 Januari lalu.

Menerusi pertemuan itu, mereka dimaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan tegas dengan pendirian untuk menutup sepenuhnya sektor ekonomi yang merupakan penyumbang utama penyebaran C0vid 19.

Dalam pada itu, Pengerusi EuroCham Malaysia, Oliver Roche berkata, dalam tempoh sukar ketika ini, pihaknya amat menghargai kerjasama kukuh dengan kerajaan Malaysia terutama dengan Kementerian itu dan masing-masing telah melaksanakan tugas sebaiknya dalam menangani pandemlk sejak tahun lalu.

Beliau berkata, banyak laporan media berhubung peningkatan kluster jangkltan C0vid 19 melibatkan pelbagai kilang, tempat pembinaan dan pelbagai lokasi tempat kerja lain.

Foto hiasan

“Justeru kami meminta komuniti perniagaan untuk mengambil berat perkara ini dan lebih penting untuk memainkan peranan masing-masing dengan melaburkan pelbagai sumber bagi melaksanakan pematuhan prosedur 0perasi standard (SOP) sepenuhnya untuk mengelak pelaksanaan semula PKP penuh,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif EUROCHAM Malaysia, Sven Schneider berkata, dalam memberikan fokus kepada impak negatlf pandemik kepada ekonomi, perlu dilihat juga bagaimana kerajaan banyak melakukan usaha untuk membantu rakyat.

Katanya, secara global, pandemlk ini menimbulkan panlk dan menjejaskan kehidupan setiap orang sejak tahun lalu, oleh itu, semua pihak perlu fokus atas kapasiti masing-masing untuk memberikan sumbangan bagi mengakhirkan w.abak berkenaan.

EuroCham Malaysia akan terus teguh menyokong komuniti perniagaan antara kerajaan Malaysia.

Kredit : Utusan via rentasasia

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*