“Cliche Ayat Tu” – Rita Rudaini Balas Kenyataan Aidil Zafuan

Pelakon Rita Rudaini tampil membidas kenyataan bekas suaminya yang juga pemain bola sepak terkenal, Aidil Zafuan berkenaan tohmahan mengenai dirinya dan pemberian nafkah anak-anak.

Dedah Perkara Sebenar

Menerusi laman Insta-story nya, Rita menegaskan dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti yang didakwa Aidil. Malah Rita mendedahkan bahawa duit perbelanjaan tersebut nafkah yang diberi buat anak-anak adalah amaun yang sama ketika berusia setahun dan 3 tahun sedangkan ketika ini mereka sudah membesar.

 “Saya tak pernah cakap pun tak bayar nafkah. Selama ini semua orang tahu keputusan nafkah untuk anak berumur 1 dan 3 tahun, itulah duitnya, perbelanjaan susu dan pampers.

“Sekarang tahun berapa ya? Dah 2021 tapi amaun yang sama…Dari dulu tak ada duit baju raya, tiada baju raya, tiada duit sekolah, tiada duit taska.Ke tak tau anak dah sekolah mungkin”

“Duit bulan Disember 2019 terlepas pandang kot, tak bagi.. Tapi saya diamkan sahajalah sebab berapa sangatlah pun untuk anak-anak yang dah besar ni. Amaun sama dari 2013.

“Saya tak pernah bising…Tak pernah mintak duit sekolah, duit perayaan, baju raya, duit raya…Anak kena buli, saya tak kac4u dia pun dan dia pun tak berbunyi. ,” dedah Rita

Malah, Rita turut mendedahkan bahawa Aidil terlebih dahulu membuat tuntutan bahagian perbelanjaan anak di borang cukai pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan mempersoalkan mengapa kembar kepada Zaquan Adha itu tidak memberitahu kepada umum mengenai jumlah nafkah yang diberikan kepada anak-anak mereka ketika ini.

Dalam pada itu, Rita turut berasa hairan kerana Aidil boleh memuatnaik kenyataan yang agak panjang di Instagram nya memandangkan kenyataan seumpama itu lazimnya hanya ditulis oleh seorang wanita.

Rita juga berkata pengalaman yang lalu membuatkan dia menjadi lebih berani dan lantang untuk bersuara seperti hari ini apatah lagi dalam menegakkan hak anak-anak.

Terdahulu, Aidil memuatnaik kenyataan mengenai kekesalannya dif1tn4h dan dimaki dan turut memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap individu-individu yang mengeluarkan kenyataan berbaur f1tn4h dan boleh menjejaskan reputasinya dan keluarga.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : Murai.my via soyalemon

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*