Seorang Blogger Ini Minta Peguam Popular Untuk Ulas Isu Shuk HotFM Curang. Ini Jawapan Peguam Itu

Pergolak4n rumah tangga Shuk Sahar sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas isterinya mendedahkan kecurangan juruhebah Hot FM itu yang berkunjung di rumah wanita lain.

Pendedahan berani tersebut dikongsikan sendiri Rossalennah Natassiah Asshaferah menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik menerusi Intagramnya.

Dia mendedahkan Shuk masih menjalinkan hubungan dengan wanita sama sebelum ini.

PEGUAM VIRAL DIMINTA ULAS TENTANG ISU SHUK CURANG

peguan - KELUARGA

Nor Zabetha adalah seorang peguam yang aktif di media sosial. Penulisan beliau sering dijadikan rujukkan dan bacaan. Boleh dikatakan dia antara peguam selebriti di media sosial.

Peguam Nor Zabetha selalu akan ulas perkara perkara yang tular di media sosial yang memerlukan pandangan dari segi undang undang. Baru baru ini dia memuat naik satu posting di Facebook berkenaan seorang blogger meminta dia ulas isu kecurangan Shuk Hot FM.

Tempoh hari saya ada naikkan berkenaan status usikan saya sebagai ‘peguam samseng jalanan’ kerana tajuk artikel tulisan blog.

Tiba-tiba hari itu, ada seorang editor dari salah satu blog menghubungi saya. Katanya dia minta maaf kerana tidak minta izin.

Dia juga minta maaf kalau tajuknya ada sedikit melampau dan dia mengaku kadang-kadang tajuk kena ada unsur memancing ‘click bait’. Jika tiada tajuk begini sepi, tiada pembaca. Saya faham.

Paling utama dia kata, bab pilihan gambar itu, dia pastikan gambar terpaling ayu diambilnya. Haha! Bab ini saya suka. Perempuan kan.

Jujurnya tulisan berkenaan peguam samseng itu, saja saya hendak bercerita dengan kawan-kawan di Facebook. Saya kata, saya tak marah.

Saya rasakan status dan gambar-gambar itu kelakar, jadi saya jawab “Benda kelakar tidak boleh ketawa sorang-sorang, kena ajak geng ketawa. Baru best”.

Saya sejenis manusia yang tidak ambil pusing perkara-perkara kecil. Cuma apabila tidak betul saya tegur dan melampau barulah saya ambil tindakan. Hal begini kecil sahaja pada saya.

Kalau tulisan dikenali dan orang sentiasa ambil guna pandangan kita, hal sampingan kongsi artikel, itu biasa. Semuanya saya izinkan. Cuma jangan mengakui tulisan yang bukan milikmu adalah milikmu.

Sekarang ini, saya dan blogger dah jadi kawan. Dia akan minta izin tulisan saya dahulu. Semalam katanya:

“Assalam puan. Taknak ulas ke pasal kes shuk hotfm curang. Mungkin dari sudut perundangan apa tindakan boleh diambil terhadap wanita/ skandal Shuk tu. Sy dah ada tajuk ni haha”.

Nampak. Sekarang tajuk keluar dulu. Artikel kemudian. Haha! Macam-macam. “Sekali peguam ni sound, cancel nak curang”. Ini tajuk rekaan saya, yang blogger tu. Tunggu..

Soalan yang diberikan oleh blogger ini bernas. Kalau boleh artikel fokus kepada pihak ketiga yang meruntuhkan rumahtangga dan juga suami. Adakah suami, tiada tindakan langsung ke atasnya?

Biasanya si isteri bakal dihukum nusyuz. Suami?

Sumber : FB Nor Zabetha

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Smber: AwattSyeikhhh Network

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*