Pernah Jadi Guru ‘Sniper’ TMJ, Pesara Tentera Seb4k Baginda Masih Ingat Akan Dirinya

 

Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail malam tadi telah berkongsi sebuah video seorang pesara tentera di laman Twitter rasmi baginda.

Video berkenaan merupakan satu petikan sesi live yang bercerita tentang bagaimana lasaknya TMJ ketika menyertai sesi latihan ketenteraan satu ketika dahulu.

“Tahu tak baginda (TMJ) sebenarnya seorang jurulatih sniper? Kalau kamu hormat saya, baginda pun seorang jurulatih sniper. Lambang yang dipakai di seragam baginda itu bukan pakai ‘kosong’. Memang layak pun,” kata lelaki tersebut,” kata lelaki tersebut.

“Terima kasih Melatih saya Tuan. Terima kasih juga kepada semua Jurulatih yang melatih saya selama ini. Semoga Tuan sekeluarga diberkati ALLAH SWT. Amin,” balas TMJ untuk video berkenaan.

Lelaki di sebalik video itu adalah Mejar(B)Mohd Fitri di mana beliau merupakan seorang pesara Tentera Darat Malaysia, bekas jurulatih sniper Malaysia dan juga seorang jurulatih Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia.

Perkongsian berkenaan akhirnya sampai ke pengetahuan Tuan Mohd Fitri sebentar tadi dan beliau rasa seb4k dan terharu baginda masih ingat akan dirinya dan menggunakan perkataan ‘Tuan’ dalam penulisannya.

Saya tak ada Tweeter. Jadi, minta kawan-kawan tolong Check, adakah benar DYAM TMJ yang tweet ini? Jika benar, sebak hati…

Posted by Mohd Fitri on Friday, 22 January 2021

 

“Saya tak ada Twitter. Jadi, minta kawan-kawan tolong check, adakah benar DYAM TMJ yang tweet ini? Jika benar, seb4k hati saya. Tidak sangka bahawa baginda masih ingat pada saya yang kecil ini.

“Lihatlah, walaupun sudah 20 tahun berlalu, baginda tetap menghorm4ti serta masih memanggil saya dan guru-guru baginda dengan panggilan ‘Tuan’. Sedangkan gelaran untuk baginda jauh lebih tinggi dari kami. Semoga TMJ diberi kesihatan dan kemuliaan di dunia dan akhirat,” tulis Mejar(B)Mohd Fitri.

Begitulah hubungan murni serta rasa hormat antara seorang guru dan juga murid. Jasa serta ilmu daripada seorang guru pasti akan diingati sampai bila-bila sekiranya ilmu berkenaan dimanfaatkan dalam kehidupan. Hargailah ilmu yang anda dapat.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : https://www.thevocket.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*