Satu lagi berita mengejutkan buat peminat apabila pelakon dan usahawan terkenal, Aeril Zafrel menulis kapsyen panjang diruangan Instagram peribadinya yang difahamkan bahawa suami kepada pelakon, Wawa Zainal itu positif Co.vid-19.
Berita itu dikongsikan Aeril Zafrel sendiri kepada umum apabila dia mengatakan bahawa dirinya mendapat khabar pada malam tadi bahawa dirinya positif Co.vid-19.
“Assalamualaikum semua… malam tadi aku mendapat perkabaran aku positive Covid-19…
“Hari isnin… aku pergi ke rumah p.a/ manager aku sebab dia demam. So aku ke sana sebab kebiasaannya aku yang akan jaga dia kalau dia sakit teruk sebelum ni. Jadi sebab hari pun da lewat so aku decide untuk tidur sana.
“Selasa… esoknya aku angkut dia pergi clinic dan ambil swab test PCR sekali dengan aku. Lepas tu aku jumpa staff untuk briefing launching virtual online product hujung bulan ni, dan aku balik rumah terus…”
View this post on Instagram
Aeril Zafrel menerusi ruangan posting yang dikongsikannya sebentar tadi itu turut menceritakan kejadian yang berlaku beberapa hari lalu manakala pada hari Rabu pula ujarnya bahawa keputusan keluar dan dia bersama manager dikatakan positif.
Menerusi posting Aeril Zafrel itu, rata-rata peminat dan rakan selebriti turut mendoakan agar dia cepat sembuh.
“Semoga dipermudahkan dan sembuh bro”
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Sumber :Instagram Aeril Zafrel via HCL
Leave a Reply