Ini senarai artis yang menyokong tidak pvas hati pasal yuran sekolah

Belajar dari rumah secaea dalam talian terbukti menjadi cabaran bagi pelajar sekolah, ibu bapa dan juga guru. Baru-baru ini, pelakon Nabila Huda kecewa kerana dia harus membayar yuran sekolah anak perempuannya walaupun telah beralih ke kelas dalam talian ketika pandemik.

Link Video : https://www.instagram.com/tv/CKOhYZVJXVP/

Dia menyampaikan pandangannya mengenai perkara itu dalamsebuah posting di Instagram dan juga mempersoalkan bayaran kemudahan sekolah yang tidak digunakan kerana penutupan sekolah.

“Mengapa kita harus terus membayar yuran sekolah sepenuhnya sedangkan kita hanya perlu membayar gaji guru?”

“Boleh tak sekolah berunding dengan ibu bapa dengan bayaran sekolah kerana itu bukan hanya membebankan saya tetapi juga kebanyakan ibu bapa?”- katanya dalam video tersebut.

Keluhan Nabila ini turut di alami beberapa selebriti popular di Malaysia, termasuklah Nora Danish, Ning Baizura, Catriona Rose dan Emelda Rosemila

Nora Danish memberikan kenyataannya dan menjelaskan bahawa tidak semua ibu dapat menolong anak mereka di rumah dengan kelas dalam talian dan kerja rumah.

Penyanyi, Ning Baizura juga bersetuju dengan Nabila dan mengakui turut menderita membayar yuran yang mahal walaupun anaknya hanya hadir 2 hari ke sekolah pada bulan Januari.

Manakala, pelakon Catriona Rose memahami apa yang di alami oleh Nabila dan semua ibu bapa. Catriona berharap yuran persekolahan dapat dikurangkan  sepanjang PKP ini.

Bersetuju dengan luahan Nabila, pelakon Emelda Rosemila pula telah mengambil langkah menghentikan persekolahan untuk anaknya. Kini isteri kepada pengarah Adlin Amran Ramli ini beralih kepada Homeschooling untuk anaknya dengan mengupah guru datang ke rumah.

Sementara itu, Nabila menepis dakwaan bahawa dia tidak menghormati guru. Katanya, isu yang cuba disampaikan ada berkenaan dengan yuran sekolah sahaja. Dia merasa agak tidak adil bahawa ibu bapa masih perlu membayar yuran sekolah sepenuhnya, walaupun sekolah-sekolah telah ditutup hampir setahun sekarang.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : https://mediabawang.net/4-seleb/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*