“Harimau Pun Nangis Tengok Ni,” – Ameera Kongsi Foto Mama Ketika Muda

Bintang media sosial, Ameera Khan ada memuat naik beberapa perkongsian pendek menerusi Insta Story di Instagram miliknya, pada Selasa.

Menariknya, adik kepada usahawan dan hos terkenal, Neelofa ini berkongsi beberapa foto ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed sewaktu muda.

“Mama… Harimau pun nangis tengok ni,” tulisnya ringkas pada foto lama ibu tercinta bersama emoji.

Sementara itu dalam satu perkongsian lainnya, Ameera  sekali lagi menulis kapsyen berseloroh.

“Menangis ke tak menangis?,” titipnya lagi.

Di dalam beberapa gambar yang dikongsikan itu, jelas menggambarkan Datin Noor Kartini mempunyai raut jelita sejak dari dulu lagi.

Malah, usahawan tersebut juga kelihatan anggun mengenakan persalinan hitam dan putih lengkap dengan aksesori anting-anting sebagai pelengkap gayanya dalam foto tersebut.

Foto: Instagram Ameera Khan, Datin Noor Kartini

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*