Lufya Tinggalkan Komen. Sekali Rita Balas Balik Sampai Semua Terkjut, ‘Bapak Depa Awal2 CIaim LHDN’

Bergelar ibu tunggal dan membesarkan anak tanpa suami di sisi merupakan salah satu cabaran besar yang harus digalas oleh pelakon Rita Rudaini.

Rita atau nama sebenar Rita Rudaini Mokhtar berkata dia bekerja keras bagi memastikan dua anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna menerima pendidikan terbaik agar menjadi insan berjaya kelak.

” Panjangnya bil buku sekolah! Happy depa (mereka) tengok buku sekolah tahun ni… duit mummy boleh cari, yang penting belajar rajin-rajin.

” Tak minta balas jasa cuma nak hangpa (anak-anak) senang bila dah besar nanti, boleh bantu orang yang memerlukan.

” Bila sudah berjaya nanti, mummy tak kerja boleh bela (jaga) mummy pula, jangan nanti bila dah berjaya ada pula orang tu kata dia punya jasa, orang ni kata dia punya jasa!” katanya.

Rita memuat naik rakaman video menyediakan barangan persekolahan anaknya menerusi laman Instagram pada Sabtu.

Dalam video itu, Rita menunjukkan buku-buku sekolah yang baru dibeli bersama resit harga barangan tersebut.

Dalam pada itu, Rita turut berpesan kepada dua anak lelakinya itu supaya belajar bersungguh-sungguh dan melihat sendiri kesusahannya mencari rezeki membesarkan mereka.

” Mummy ni macam nak terberak cari duit… belajar rajin-rajin! Kasihan mummy cari duit.

” Keluar pagi balik malam, kadang-kadang keluar tak balik-balik cari duit nak bagi Rayyan dengan adik sekolah, ” ujarnya.

Lufya komen, tapi reaksi balas Rita raih perhatian ramai

Sementara itu menerusi ruangan komen, perkongsian Rita tersebut telah meraih perhatian peminat-peminat dan rakan artis yang meninggalkan komen.

Antaranya ialah pelakon, Lufya yang bertanyakan kepada Rita samada beliau membuat ‘claim’ semula terhadap semua perbelanjaan itu dengan kerajaan.

” Pengsan tengok bill nyaaa sis cuba claim kerajaan tak??” tulis Lufya.

Pertanyaan Lufya telah dibalas oleh Rita. Namun menariknya, Rita memberikan jawapan dengan mengaitkan bekas suami apabila mengatakan bekas suaminya telah membuat ‘claim’ dengan menggunakan nama anak-anak yang kini dijaga sepenuhnya Rita.

” LHDN pon pak depa awai2 letak nama anak dua orang ni claim lagu mana tew..

” Terkejut mommy bila pi nak claim untuk anak dua orang ni, lawak2..bwk dia nak menjawab di sana nnti”, balas Rita.

Umum mengetahui Rita berkahwin dengan pemain bola Aidil Zafuan pada 2008, namun berc3rai pada September 2013. Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 11, dan Airit Qaqa Arjuna, 9, yang kini di bawah jagaan Rita.

Respon balas Rita turut meraih perhatian warganet yang turun meninggalkan komen.

Rata-rata terkejut dengan respon Rita kerana tidak menyangka dengan tndakan bekas suaminya.

” Siyes lah? Kena buat surat ke lhdn lah cmtu. Dia tak jaga, apahal pulak dia yang claim rebate? Banyak cantik!,” tulis Elmi.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber:mstar dan IG RitaRudaini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*