‘Homestay’ depan kubr lama, kelibat wanita berkebaya bertenggek atas pokok buat percutian keluarga kami jadi kenangan pahit

Foto sekadar hiasan

Percutian ke Kelantan baru-baru ini sepatutnya menjadi kenangan manis buat Munirah sekeluarga apatah lagi selepas beberapa bulan tidak dapat ke mana-mana akibat pndemik Covid-19 yang melanda negara.

Paling tervja adalah anak-anaknya memandangkan ini adalah kali pertama mereka ke negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Munirah memberitahu mereka sekeluarga memilih untuk menginap di salah sebuah homestay di Kota Bahru memandangkan adik-beradiknya yang lain turut mengikuti rombongan ke Kelantan.

“Masa sampai ke homestay itu, kami memang puas hati sebab rumahnya besar dan cantik. Tambahan pula ia terletak dekat dengan bandar, jadi mudah untuk bergerak ke mana-mana.

“Bagaimanapun, ketika melihat kawasan sekitar homestay itu, saya baru perasan yang rumah itu terletak bersebelahan dengan tanah perkburan lama.

Munirah terkejut melihat kelibat itu berjalan ke arah tanah perkburan. – Gambar sekadar hiasan

“Tembok simen yang agak tinggi turut dibina pada bahagian menghadap tanah perkburan, mungkin pemilik rumah tidak mahu penyewa berasa takut,” katanya.

Tingkap terbuka, bau wangi buat lidah kelu

Pada malam pertama menginap di homestay itu, Munirah memberitahu selepas makan malam dia mengambil keputusan untuk berehat di dalam biliknya di tingkat atas rumah manakala ahli keluarga yang lain masih berbual-bual di ruang tamu.

Munirah memberitahu dia yang pada awalnya hanya ingin berehat tidak menyedari dia tertidur sebelum terjaga selepas terasa seperti ada seseorang menyentuh hujung kakinya.

“Sentuhan itu membuatkan saya terjaga dari tidur. Saya ingat suami, tapi apabila saya bangun tiada sesiapa dalam bilik.

“Dalam keadaan mamai memikirkan siapa yang menyentuh kaki saya, tiba-tiba saya lihat ada kelibat melintas di tingkap bilik.

Kelibat itu bejalan ke arah tanah perkburan. – Gambar sekadar hiasan

“Peliknya saya tidak pernah buka tingkap itu… dan lebih pelik langsir turut terselak. Jantung sya memang berdegup laju memikirkan ada sesuatu menggangu saya,” katanya.

Munirah memberitahu dalam berasa takut, dia memberanikan diri menutup tingkap yang terbuka sebelum tercium bau yang sangat wangi.

Langkahnya juga tiba-tiba rasa lemah dan mulutnya terasa berat untuk menjerit memanggil suaminya apabila terlihat jelas kelibat seorang wanita berkebaya dan berselendang putih memandangnya sambil tersenyum.

“Renungan matanya tajam. Walaupun dia tersenyum pada saya, tetapi senyuman itu menyeramkan. Saya hanya mampu memejamkan mata dan membaca ayat al-Quran sebagai pelindung diri.

“Saya baca sepenuh hati dan Alhamdulillah kaki saya tiba-tiba boleh bergerak seperti biasa. Bila saya buka mata, kelibat itu sudah tiada,” ceritanya.

Munirah terkejut ada kelibat muncul di depan tingkap biliknya.

‘Wanita’ depan kubur

Keesokan harinya, Munirah memberitahu ketika sedang berehat di ruang tamu, adik iparnya bertanya sekiranya ada yang tidak kena dengan homestay mereka.

Munirah terkejut apabila adik iparnya memberitahu dia turut melihat seorang wanita berkebaya dan memakai selendang putih ketika menutup pagar sebelum kelibat itu berjalan menuju ke tanah perkburan.

“Dia pada awalnya tidak mengesyaki apa-apa tetapi berasa pelik kerana dia berjalan masuk ke kawasan perkburan pada waktu malam.

“Tapi membuatkan dia mula berasa t4kut apabila melihat kelibat itu tiba-tiba terbang dan bertenggek di atas pokok, sebelum adik ipar lari masuk ke dalam rumah dalam keadaan ketakutan,” jelasnya.

Meskipun tiada g4ngguan buruk terjadi kepada mereka sekeluarga, Munirah memberitahu ia pengalaman tidak boleh dilupakan kerana itulah kali pertama dia melihat kelibat men4kutkan.

Sumber: mstar

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: http://trendingkini.pw/phit467bayapoko

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*