Farah Lee Terkejut Dan Gembira Apabila Misi Sumbangan Telekung Dan Sejadah Kepada Mangs4 Banj1r Mendapat Sambutan

Pemilik nama sebenar Nurfarahin Romli atau lebih dikenali dengan Farah Lee yang juga personaliti media sosial berasa sangat terkejut dan gembira apabila misi sumbangan peralatan solat yang dilakukan mendapat sambutan yang luar biasa.

Ibu kepada Maream Esabel, 6 ini juga sangat berterima kasih kepada mereka yang sudi menyalurkan sumbangan buat m4ngs4 banjir yang diberi nama #FLbanjirAID.

Mulianya Hati Farah Lee

Idea dan inisiatif yang dilakukan oleh Farah ini dilihat cukup mulia malah jumlah sumbangan yang pada awalnya disasar untuk membeli 300 set telekung dan sejadah dengan target RM9000 kini sudah mencecah RM69,023 hanya dalam tempoh sehari.

Keprihatinan rakyat Malaysia ini juga menyejutkan Farah dan misinya untuk menyalurkan bantuan peralatan solat untuk m4ngs4 banjir ini dapat diedarkan kepada lebih ramai orang.

Menerusi perkongsian menerusi akaun Instagramnya, Farah turut menerangkan misi #FLbanjirAID yang dijalankan juga mendapat Kerjasama daripada Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat dan Pusat Khidmat DUN Alur Limbat Terengganu yang bersetuju untuk menanggung perbelanjaan operasi lain untuk proses agihan.

Farah Lee Terkejut Sumbangan Melebihi Target

Bukan itu saja disebabkan menerima jumlah sumbangan yang melebihi, dia akan membeli barangan keperluan lain untuk diagihkan kepada m4ngs4 banjir.

“Nah total donation #FLbanjirAID dalam masa 1 hari. MashaAllah tabarakallah terima kasih kepada yang telah menyumbang samaada dari segi wang ringgit, share mahupun doa

“Alhamdulillah, walaupun #FLbanjirAID dah jadi kapasiti besar dan perlu keluarkan kos operasi untuk proses agihan, tapi Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat dan Pusat Khidmat Dun Alur Limbat Terengganu sudi untuk cover semua perbelanjaan operasi tersebut (lori, van, bot, tempat pengumpulan, volunteers, packing, security escort, makanan etc). Gabungan ni ktorg namakan Program #KongsiHarapan.

“Jadi sumbangan korang ni 100% akan sampai kepada m4ngs4-m4ngs4 inshaAllah! Terima kasih sangat pada mereka yang banyak mudahkan urusan dan tolong Farah harini,” tulisnya.

Gelabah Ke Sana Ke Sini

Dek kerana jumlah sumbangan yang melebihi target membuatkan Farah terpaksa meminta bantuan lebih ramai orang untuk menguruskan barangan yang perlu diagihkan kepada m4ngs4 banjir.

“Itulah reasons kenapa Farah gelabah sangat harini kesana kesini hahaha Sebab target asal untuk agihkan 300 sets telekung+sejadah je. Tapi oleh kerana korang semua sangat generous, with that amount, Farah dah tak mampu untuk manage dengan kapasiti peribadi

“So now, alhamdulillah boleh increase sumbangan kepada 1000 sets solat kit. Sebahagian lagi Farah akan beli barang2 lain yang diperlvk4n ikut kawasan (sebab tak semua kawasan perlvk4n barang2 yang sama so I need to be specific supaya tiada longgakan).

FLbanjirAID 2.0 (Pasca Banjir),

Sumbang Barangan Keperluan Rumah

“Balance selepas tu, Farah akan kumpul untuk #FLbanjirAID 2.0 (Pasca Banjir) pulak. Pasca banjir ni lagi banyak perlvk4n sumbangan actually sebab nak beli barang rumah; barang elektrik, perabot, barang2 sekolah, kelengkapan keluarga dan sebagainya. Pada yang nak menyumbang untuk bantuan pasca banjir ni boleh terus salurkan sumbangan ke acc no Farah dalam poster tu ya.

“Nanti once dah finalised dengan supplier dan dapat resit semua, Farah update korang balik on the total cost for #FLbanjirAID 1.0

“Thanks korang for the trust.! InshaAllah Farah cuba sehabis baik sampaikan sumbangan korang to the fullest #FLhopes @fl.childrity x @booke_surpriseindustry,” luahnya yang cukup bersyukur dengan sifat prihatin rakyat Malaysia.

Warganet Puji Usaha Farah 

Sumber/Sumber Foto: Instagram Farah Lee

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : MingguanWanita

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*