Wanita unik miliki dua rahim, menangis asyik ditanya soalan pedas

Apabila sudah memasuki bahtera perkahwinan, pasti setiap pasangan suami isteri mahukan zuriat agar lengkap sesebuah keluarga. Namun, rezeki yang ditentukan Allah SWT pasti berlainan dengan setiap pasangan di muka bumi ini.

Ini terjadi kepada seorang pengguna aplikasi TikTok yang berkongsi kisah sebak mengenai dirinya apabila sering ditanya soalan mengenai cahaya mata.

Miliki dua rahim

Menerusi akaun TikTok miliknya @schapyqa, dia berkongsi kisah mengenai dirinya yang belum memiliki cahaya mata meskipun sudah memasuki tahun kedua perkahwinan.

Scha berkata, walaupun kesemua soalan itu agak perit untuk dihadam namun menjawab dengan nada gurauan untuk mengubat hati yang luka.

Wanita berusia 26 tahun itu turut berkongsi dia sebelum ini pernah menjalani pembed4han membuang cyst sebelum mengetahui dirinya hanya mempunyai satu buah pinggang beserta dua rah1im.

“Sebelum berkahwin doktor sahkan saya ada cyst, pembed4han selamat dijalankan. Masa keputusan CT scan keluar, baru saya tahu rupanya selama ni saya hanya ada satu buah pinggang.

“Selepas pembed4han pula, doktor bagitahu saya ada rahim yang unik. Rahim saya bukan satu tapi ada dua,” tulisnya dalam video tersebut.

Perkongsian video berdurasi 51 saat itu dibanjiri komen daripada warganet yang memberi kata-kata semangat kepada wanita berkenaan selain turut berkongsi pengalaman sama.

Walaupun masih tiada rezeki untuk memiliki zuriat, pasti ada rezeki lain Allah kurniakan. InsyaAllah segala yang baik datangnya dari Allah SWT. Kita sebagai hambaNya hanya mampu merancang.

Sumber: TikTok @schapyqa

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : http://transformasi.pw/2021/01/14/2-rohimm/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*