Kes Sam4n Fitn4h Siber Terhadap Zarina Anjoulie Dibawa Ke Mahk4mah Tinggi

KES sam4n fitn4h siber yang difailkan pelakon Zarina Anjoulie Lavocah terhadap Emelda Rosmila akan dibicarakan di Mahk4mah Tinggi Kuala Lumpur selepas gagal diselesaikan melalui proses mediasi.

Peguam yang mewakili Zarina, Wan Azmir Wan Majid daripada firma guaman NHA Advocates and Solicitors berkata, Emelda selaku defendan enggan meneruskan proses mediasi yang disarankan mahk4mah dan kes ini akan melalui perbicaraan penuh.

“Kami berharap semuanya berjalan lancar seperti yang dicadangkan mahk4mah dan kedua-dua pihak dapat mencari jalan penyelesaian.

“Namun kerana Emelda tidak mahu meneruskan mediasi, nampaknya kes ini akan melalui bicara penuh dan kami pasti akan memberikan yang terbaik untuk anak guam sewaktu perbicaraan di mahk4mah nanti, ” katanya yang turut dibantu peguam Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli.

Emelda selaku defendan didakwa telah memfitn4h, melakukan pembvlian sib3r dan penyer4ngan reputasi terhadap Zarina.

Pada 15 Oktober tahun lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mencadangkan agar kedua-dua pihak menjalani proses mediasi dan Zarina mengusulkan kepada Emelda pada 19 November tahun lalu agar proses tersebut diadakan pada Januari.

Namun, Emelda menerusi peguamnya menjawab pelawaan itu pada 25 November lalu bahawa dia enggan mengambil bahagian dalam proses mediasi untuk mencapai penyelesaian bagi kedua-dua pihak.

Mediasi adalah alternatif penyelesaian kes tanpa melalui proses perbicaraan penuh yang menawarkan faedah-faedah seperti perkhidmatan percuma dengan mediator terdiri daripada hakim dan pegawai kehakiman berpengalaman serta berpengetahuan.

Kerana Emelda tidak mahu meneruskan mediasi, nampaknya kes ini akan melalui bicara penuh dan kami pasti akan memberikan yang terbaik untuk anak guam sewaktu perbicaraan di mahk4mah nanti.

WAN AZMIR WAN MAJID

PEGUAM ZARINA ANJOULIE

Dalam sesi berkenaan, tiada pihak yang kalah kerana persetujuan untuk penyelesaian dicapai secara sukarela, sekali gus mewujudkan situasi menang-menang dan perjanjian penyelesaian juga mengikat pihak-pihak mengikut undang-undang kontrak.

Menurut Wan Azmir lagi, pihaknya menuntut agar kos pindahan ke Mahk4mah Tinggi ditanggung pihak defenden.

“Ini adalah kali kedua Emelda memfailkan permohonan untuk memindahkan kes itu ke Mahk4mah Tinggi.

Zarina bengang beberapa selebriti tergamak mewujudkan Telegram untuk mnejatuhkan dirinya.

“Kali pertama ia diajukan, Zarina tidak membantah, tetapi permohonan tersebut ditarik balik oleh defendan Emelda setelah permohonan dibuat bagi alasan yang hanya diketahui oleh beliau.

“Setelah itu permohonan tersebut diajukan kembali dan sekali lagi, kami tidak keberatan menurut kemahuan pihak Emelda tetapi kali ini kami memohon agar kos pindahan dibayar oleh defendan, ” tambah Wan Azmir.

Susulan itu mahk4mah memerintahkan Emelda untuk membayar kos kepada Zarina bagi membolehkan kes sivil tersebut dipindahkan ke Mahk4mah Tinggi.

Zarina mengambil tindakan saman terhadap Emelda selepas didakwa memfitn4h dirinya menerusi aplikasi Telegram dan akaun media sosial.

Zarina menuntut ganti rugi am, ganti rugi tervk dan teladan serta perintah injunksi untuk mengelakkan Emelda memfitn4hnya di masa depan.

Selain itu, Zarina mahu Emelda membuat permohonan maaf yang disiarkan di media cetak dan akaun media sosial aktres itu sendiri.

Wan Azmir Wan Majid, Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zuklifli juga mewakili Zarina bagi sam4n fitn4h sibernya terhadap dua pelakon lain iaitu Amyza Aznan dan Fara Mendoza.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*