Emma Maembong P0sitif C0vld-l9, Ini Sebenarnya Yang Berlaku

KUALA LUMPUR: Pelakon Emma Maembong dan suami, Muhammad Shazli Azhar disahkan positif C0VlD-l9.

Emma atau nama sebenar, Fatimah Rohani Ismail, 29, menghebahkan perkara itu melalui video yang dimuat naik di Instagram (IG), beberapa jam lalu.

Ujian calitan terhadap cahaya mata kesayangan Emma dan Muhammad Shazli, Shariq, tidak menunjukkan bayi berusia tiga bulan itu dijangk1iti C0VlD-19. Foto IG Emma Maembong

Muhammad Shazli turut memaklumkan dirinya positif c0VlD-l9 melalui IG.

Video berdurasi 41 saat dikongsi Emma menunjukkan pelakon drama Bicara Cinta itu melakukan ujian calitan di kediamannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial)

Dalam entri itu, Emma berkongsi:

“Buat ujian calitan di rumah bersama @kumpulan_megaklinik_zahran. Bagus dan sangat profesional.

“Mereka boleh datang ke rumah dan melakukan ujian itu. Terima kasih juga kerana menyalurkan maklumat yang kami perlukan.

“Saya tidak menunjukkan sebarang simptom tetapi keputusan ujian adalah positif.

“Walaupun rasa sihat, saya sarankan buat pemeriksaan kerana kita tidak tahu apakah dijangk1ti atau tidak.

“Jaga diri dan patuh prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

Sementara itu, Muhammad Shazli yang juga juruterbang, bersyukur kesihatannya semakin pulih.

“Hasil ujian menunjukkan saya positif. Bagaimanapun, Alhamdulillah, keadaan bertambah baik. Jaga keselamatan dan patuhi SOP,” pesannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shazli (@shazli.a)

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : Berita Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*