Guna duit KWSP bina 11 bonggol, ini tindakan lelaki ini selepas polis datang

BESUT – Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di tepi rumahnya di Kampung Padang Luas, Jertih, di sini Isnin lepas, memohon maaf atas perbuatannya.

Nor Muhamad Roslam Harun, 40, mengakui kesilapannya membina bonggol sebanyak itu dalam jarak tidak sampai 40 meter sehingga menyusahkan penduduk untuk keluar masuk ke jalan utama.

Upah Jentolok buang bonggol

“Pagi semalam (Rabu) ada pegawai polis datang jumpa saya. Beliau menasihati saya dengan elok supaya membuang semua bonggol tersebut.

“Jadi semalam juga saya upah sebuah jentolak untuk meratakan semua 13 bonggol termasuk dua bonggol asal yang ada di situ,” katanya kepada Bernama.

Baru-baru ini tular di laman sosial mengenai seorang invididu berkongsi gambar jalan masuk ke rumahnya yang dibina 11 bonggol baharu menggunakan tar dan menyatakan bonggol tersebut dibina oleh jirannya.

Nor Muhamad Roslam berkata, dia membina bonggol tersebut kerana terganggu dengan bunyi kenderaan disebabkan ada segelintir pemandu yang memandu laju di kawasan itu tanpa mengira masa.

“Bilik tidur saya berada di bahagian tepi yang berdekatan dengan jalan itu menyebabkan bunyi bising kereta dan motosikal mengganggu tidur. Saya tertekan sangat dengan masalah ini tambahan pula saya mempunyai masalah kesihatan (gangguan ment4l) tetapi belum lagi mendapatkan rawatan.

“Sebenarnya saya mahu membina bonggol yang landai sahaja tetapi tar itu cepat mengeras menyebabkan ia menjadi bonggol tinggi sehingga tidak boleh dilalui semua kereta kecuali pacuan empat roda,” katanya sambil memberitahu membelanjakan RM1,080 daripada pengeluaran RM5,000 wang i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membina bonggol-bonggol tersebut.

Beli tar buat bonggol guna duit I-sinar

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen seorang warganet mempersoalkan tindakan Roslam yang berhabis ribuan ringgit membeli tar bagi membuat bonggol itu.

Namun Roslam berkata, dia telah menggunakan duit yang diperolehi dari I-sinar dan melakukannya kerana terpaksa.

” Tu duit aku bulih KWSP I-sinar la bro.. Dan Aku oyak (bertahu) dah aku terpaksa buat. Mu pehe (faham) dok bro… Klu boleh aku tak nak wat pun,” balas Roslam.

Terdahulu kisah berkenaan jiran bina 11 bonggol tular di media sosial apabila satu perkongsian di Facebook yang ditulis oleh Cikgu Li sendiri telah menarik perhatian ramai.

Cikgu Li antara lain mengatakan dia dalam proses untuk membina jalan baru kerana tidak mahu terus bersengketa dengan jirannya itu.

” Saya terpaksa panggil kontraktor buat jalan baru ikut belakang.

” Malas nak bergduh dengan orang g1la buat-buat ni. Sebelum ni dia letak batu di tengah-tengah jalan dan halangan di tengah jalan. Kononnya kereta lalu laju depan rumah dia.

” Mustahil untuk kereta lalu dengan laju sebab memang ada 2 bonggol sebelum rumah dia dan kat tiang letrik betul-betul sebelah rumah dia.

” Pernah sekali bila Cikgu Li balik dari masjid untuk Solat Subuh, tiba-tiba dia muncul dari semak dan mengacukan parang.

” Cikgu Li pun undur kereta dan masuk ikut jalan lain.

” Sebelum tu dia pernah tunggu tengah-tengah jalan sambil mengacukan batang ubi. Mujur emak dia dan saudara dia ada di luar rumah ; mereka yang pujuk dia suruh ke tepi. Malas dah nak panjangkan cerita.” tulisnya.

Dalam posting terbaru Cikgu Li, beliau kini dalam proses untuk membuat jalan yang baru

“Alhamdulillah! Jalan alternatif dah siap

Semoga jalan ini jadi asbab pahala kepada Cikgu Li sekeluarga

Dan semoga sengketa ini selesai.

Terima kasih Majlis Daerah Besut, Polis Jerteh dan pihak berkenaan diatas tindakan yang pro-aktif.

Rakyat akan hidup bahagia bila semua bertolak ansur dan bekerjasama.

Selamat hari raya! Eh

NOTA : Posting viral semalam Cikgu Li dah delete diatas permintaan pihak polis”.

Sumber:Nor Muhamad Roslam Harun dan Ahmad Fadzli

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : http://transformasi.pw/2021/01/14/11-bong-g00lll/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*